Peter Anthony Kesekian Kalinya Menipu Rakyat Sabah dan Mahkamah

Okey ini cerita pasal penipuan dan kelicikan wakil rakyat Melalap si Peter Anthony. Sebelum ini pihak Mahkamah telah mengeluarkan arahan dalam perbicaraannya tapi si Peter Anthony tidak mempedulikannya malah mengambil kesempatan dari kebaikan Mahkamah.

Perbicaraan kes bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony kerana menggunakan dokumen palsu ditangguhkan ke 3 Mei kerana didapati ada hubungan rapat dengan pesakit Covid-19 dan diperintahkan untuk menjalankan kuarantin sendiri.

Ini susulan Peguamnya, Datuk D. Senthinathan, memberitahu Mahkamah bahawa Peter telah diperintahkan untuk berada dalam karantina selama 10 hari dari 16 hingga 26 April dan meminta Mahkamah menangguhkan perbicaraan hari itu.

Klik link dibawah,

Peter Anthony Dikuarantin dan Perbicaraannya Ditangguh ke Mei 2021

Tetapi ternyata alasan Si Peter dan Peguamnya itu hanyalah alasan semata-mata, seolah-olah bertujuan untuk memanjangkan tempoh perbicaraan. Dalam erti kata lain Peter Anthony sanggup menipu Hakim Mahkamah supaya tempoh perbicaraannya akan melalui tempoh yang panjang.

Sepatutnya dalam tempoh itu si Peter Anthony tidak boleh melakukan sebarang aktiviti biasa, apa lagi aktiviti politik yang akan berhubung dengan para pengikutnya. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Si Peter menganjurkan Majlis Sembang Mesra pada 23hb April, walhal tempoh kuarintinnya hanya berakhir pada 26hb April 2021.

Kalau sudah kantoi kerana mengambil wang rakyat apa lagi setakat menipu Mahkamah ia adalah hal yang remeh untuk pemimpin seperti ini. Pemimpin yang kurang adabnya apa pun sanggup dia lakukan.

Sakit hati betullah bila ada pemimpin yang dihadapkan di Mahkamah kerana salah guna kuasa. Tapi masih berlagak seperti seorang samseng.

1 komen

Tinggalkan Jawapan kepada THE Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.