
Baru-baru ini tersebar beberapa gambar bersama plycard yang tertulis penolakan mereka terhadap penguatkuasaan PKP di beberapa kawasan di daerah Tawau khususnya.
Kenapa mereka sanggup berbuat demikian sedangkan penguatkuasaan itu demi kebaikan masyarakat Sabah secara keseluruhannya, khususnya mereka yang bermastautin di daerah Tawau. π€
Begitu dangkal sikap dan kelakuan mereka. Seolah-olah gelombang kedua ini tidak datang daripada kedegilan kepimpinan parti yang mereka sokong iaitu Parti Warisan. Pilihan Raya Negeri Sabah terpaksa diadakan kerana Ketua Menteri Sabah atau Presiden Parti Warisan, Shafie Apdal pada ketika itu berdegil tidak melepaskan jawatannya, walaupun tidak lagi mendapat sokongan dari majoriti ahli Dewan Undangan Negeri. Menyebabkan gelombang kedua Covid-19 di Sabah meletus sejurus pembuangan undi hingga mengorbankan jiwa mereka yang tidak berdosa. Sedih sebenarnya!
Tapi sikit pun hal itu tidak membuat diri mereka rasa bersalah. Sebaliknya tetap mendahulukan tengkuk atau ekonomi mereka, betul betul mangkuk. Sedangkan orang lain juga berhadapan dengan masalah ekonomi akibat pelaksanaan PKP yang berlaku agak lama sebelum ini.
Pokoknya semua orang terjejas tapi tidak pun memaksa masyarakat atau kaum tertentu menunjuk perasaan seperti mana segelintir kaum Bugis pro Warisan di daerah Tawau.
Secara luaran, wajar sudah kumpulan itu disiasat oleh pihak Polis sekaligus diheret ke muka pengadilan kerana meremehkan usaha pemerintah. Bukan mereka tidak tahu begitu banyak wang negara telah dibelanjakan bagi menangani pendemik Covid-19 tapi nampaknya tidak dihargai oleh kumpulan berkenaan.
Siapa sangatlah mereka tu hingga kesusahan yang mereka hadapi perlu diambil perhatian dan terpaksa mengorbankan kesihatan orang lain.
Macam bukan perangai orang Sabah pula. Orang Sabah tidak begini, walaupun selama ini terpaksa berhadapan dengan peraturan PKP. Susah senang hidup bersama.
Hakikatnya tujuan mereka menunjuk perasaan bukannya untuk kebaikan masyarakat pun. Tapi berniat untuk kepentingan diri semata-mata, dalam masa yang sama mengharapkan larva politik bila mana masyarakat Sabah akan berpendapat kerajaan Sabah ini tidak cekap atau membelakangkan kepentingan rakyat Sabah. Macam saja orang Sabah ini macam perangai mereka spesies tidak reti diuntung.
Hakikatnya mereka terdiri dari macai macai Warisan yang menjadi pendorong kepada gelombang kedua Covid-19 di Sabah. Jadi kalau benar mereka mahu berlagak sebagai pejuang, persalahkan dulu parti Warisan aka Presiden Warisan tu, dialah yang menyebabkan berlakunya pilihan raya negeri Sabah hingga tercetusnya gelombang kedua Covid-19 Sabah.
Satu hal yang perlu ketahui oleh macai macai Warisan itu, majoriti rakyat Sabah ini mengutamakan kesihatan. Kesihatan lebih penting dari segala-galanya.
Bukan orang tidak tahu perangai hidup penyokong Warisan berkenaan. Jadi mustahil bagi mana-mana kerajaan dapat memuaskan hati mereka. Pemberian Ic projek era BN pun mereka tidak hargai.
Kadang kadang terfikir juga adakah kumpulan itu sengaja mencetuskan ketegangan kaum mereka dengan pemerintah. Nah jangan heret semua orang Bugis kerana tidak semua orang Bugis menyokong parti Warisan.
Ironinya sehingga hari kelmarin jumlah pesakit Covid-19 di daerah Tawau kian meningkat.
Cukup cukuplah bermain wayang tu. Warisan ditolak pun kerana rakyat telah berjaya menghidu hipokrasi kepimpinan dan penyokong penyokong Warisan.
Sanggup mati dari menyerahkan kuasa kata si Sapi Bedal dan di tambah lagi dengan covid19 ialah lakonan kata si din ketapi
LikeLiked by 1 person