GRS Komited MA63 Akan Ditunaikan

KOTA KINABALU: Kerajaan GRS tetap dengan pendirian agar semua perkara atau tuntutan seperti yang termaktub didalam MA63 dapat di tunaikan.

Ini telah diutarakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor dalam Mesyuarat Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri secara maya pada Selasa.

Hajiji berkata perbincangan diantara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengenai perkara ini sedang berjalan dan kedua-dua pihak komited untuk mencari penyelesaian.

“Perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana yang penting kita telah pun memberi pandangan dan pendirian kita dan Kerajaan Persekutuan telah memberi respon yang positif,” kata Hajiji.

“Kita juga harus ambil kira bahawa YAB Perdana Menteri telah secara terbuka memberi komitmen dan jaminan untuk menilai dan berusaha mencari penyelesaian kepada semua tuntutan-tuntutan yang kerajaan negeri kemukakan,”tambah beliau.


Sesungguhnya proses ke arah ini sedang berjalan dengan baik dan sempurna. Baru saja semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, Menteri Pertanian Malaysia Datuk Ronald Kiandee, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat khas MA63 bil kedua secara sidang video.

Justeru itulah Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berkeyakinan bahawa perkara dalam perjanjian Malaysia 1963 akan dapat direalisasikan oleh Gabungan Rakyat Sabah selaku pentadbir kerajaan negeri. Memandangkan kerajaan ini mempunyai hubungan dan kerjasama yang baik dengan kerajaan pusat, Perikatan Nasional yang diterajui oleh Presiden PPBM (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.


Sebelum ini kedengaran berita dimana status Sabah telah ditukar oleh Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin menjadi sebuah Wilayah bukan lagi negeri. Begitu juga dengan Sarawak.

One thought on “GRS Komited MA63 Akan Ditunaikan

Add yours

  1. hallo kawan..mudah mudahan..Abg Ronald Kiandi ada terbaca komen anna di FB nyer…HaaaaH..tercelah masa mereka tengah bersidang meting MA63..lagipun anna ada jugak beri komen pada kawan yg dulunya kata masa BN pun cakap pekara yg sama ..cakap aja..mujur kawan ini sabarkan kawan itu..Ohhh..mungkin ramai tidak ketahui ..AnnaAriff1972🌺 lama dah berkelana maya ke Sabah..Sarawak dan Labuan..siapa tersangka kawan ini bukan biasa biasa aja..ada dijengah kerana mahu tahu..dan mmg mahu tahu kenapa ‘Federal State M’sia …perggghhh….rakyat rakyat ke💖gan hamba..beta (anna) sgt dukacita kerana begitu sekali kita tanpa kira ‘Lu siapa .kayangan kah atau biasa aja..hakikat manusia….dah tentu tak sama apa lagi serupa..dah tu..ajaran urus tadbir Krjn…bukan semua boleh terima tempias beban nya..ingat senang mau itu ini..pok pek tunjuk itu ini..kussss semangat..mungkin lagak begini harus diam seketika…mcm kita pinang anak org..bukan boleh pi aja ke rumahnya ..terus minta itu anak …aiyah weeehh..GRS…GPS. serta Labuan PNPPBM PutraJaya M’sia…yg ini hak kami OSA1972..jgn bising..sebab dah lama Labuan Federal State yg ke 2 ..jadi adil utk bersama..kami jugak punya hak yg berhak tanpa prejudis provokasi ..Krjn ke Krjn..ini lingkungan termaktub berpasak dari terdahulu sebelum kita..jadi..jgn nanti tetiba..tak pulak yg lagi satu..signed tak mahu…di rejected kang..mahu mana..kelat mencuka..atau manis manis aja..allah swt kan ada..by cash ..tak perlu kata apa..anna tak tahu..jgn tanya..TQ..😊

    #Dear Abg Hajiji..do your best yeaaa..this is very very important to our report card PNPPBM🌺 dah rezekinya ke kamu..demi negara..negeri dan keseluruhan rakyat Sabah ..jgn ada terpinggir tidak peduli..hingga asal pun berpedih hati..tak baik buat begitu…jadi pemimpin .harus tahu beza kerja dan peribadi…jadi yg ada yg kemudian datang nie…beringatlah..kita adalah kita..tak perlu always stupid like others..coz the cleverly ..why must also to HELL…issssh..mau kah…anna tak nak..HEAVEN is 💖ly place… kaaannn 😊

    AnnaAriff🌺🐝😎💖😊🌏

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: