Shahidan Kassim Sekali Lagi Tegas Menyokong Bersatu

Kata putus atau ketetapan UMNO Perlis terhadap kemelut yang dihadapi oleh UMNO pusat di bawah kepimpinan presidennya Zahid Hamidi.

Kelmarin Ahli Parlimen Arau yang juga pengerusi UMNO negeri Perlis menegaskan sekali lagi. Bahawa keputusan UMNO Perlis untuk bekerjasama dengan parti-parti politik bumiputera termasuklah Parti Bersatu atau PPBM, adalah pendirian badan perhubungan UMNO negeri Perlis. Bukannya keputusan yang bersifat peribadi seperti yang didakwa oleh ketua bahagian Kangar Azlan Man. Menurut Shahidan Kassim selain Arau dan Padang Besar, UMNO Perlis secara keseluruhannya juga ada menegaskan bahawa seseorang yang memimpin parti UMNO haruslah berintegriti dan tidak ada kes mahkamah.

Justeru itu katanya walaupun pada ketika itu Kerajaan telah dibubarkan tapi mereka UMNO Perlis tetap berpendirian menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehinggalah pilihanraya diadakan.

Sebelum ini kecoh bilamana UMNO melalui perhimpunan Agung UMNO 2020. Telah membuat keputusan tidak lagi bekerjasama dengan parti Bersatu menjelang pilihan raya umum yang ke 15 akan datang. Keputusan inilah yang digunakan oleh Ketua Bahagian Kangar Azlan bagi membidas kenyataan Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim yang menyokong Parti Bersatu atau PPBM.

Macam yang admin nyatakan sebelum ini. Kalau ingin mengutip kebenaran dalam parti UMNO maka ambillah kenyataan pertama yang mereka katakan. Bukannya kenyataan selepas itu apa lagi jika orang lain atau pemimpin UMNO lain yang menafikannya. Hahaha!

One Comment

  1. Ewaaah..anna ikut dengar pok pek semuanya..itu sebab tak perlu kelam kabut sibuk sibuk mau PRU 15..kesimpulannya..tiap parti politik sentiasalah perkemaskan semula dalam parti msg msg dan fokus aja dgn keadaan semasa yg masih belum pulih serba serbi..rakyat mmg susah..untung nasib lah jikalau kawasan perumahan ada parti parti yg aktif bersama masyarakat ..sungguhpun bukan semua beroleh nasib yg elok sikit..anna tgh kira hari…kena notis pindah keluar dari rumah yg disewa ini..sakitnya hati..andainya kwsp tidak menyusahkan pencarum yg telah puluhan belas tahun yg bekerja sebelum berhenti kerana mahu lebih fokus ttg PRU 14 dan strugg le dgn keadaan kerja yg merimaskan..siapa sangka..anna minta kpd kawan ini…beritahu pada Abg Hajiji . ..tolong beritahu pada Tun M…anaknya benar berada dalam kesusahan..ini yg terakhir anna notis cara ini..agak mustahil jikalau tiada yg tak pedulikan langsung ..semoga ada hati yg tergerak menolong anna yg benar perlu diselamatkan drpd terus terusan hadap keadaan skrg yg makin menyakitkan..maaf kawan..terpaksa juga beritahu apa yg buat anna terganggu skrg…dapatkan Tun M..dia tahu anna mmg dah balik sebelum ini..cuma belum berpeluang bersemuka ..jumpa semula keluarga ini..๐Ÿ™‚

    AnnaAriff1972๐ŸŒบ๐Ÿ๐Ÿ™‚

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.