
KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) UMNO sepakat menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Keputusan itu sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada UMNO mampu menang jika bertanding sendiri tanpa gabungan daripada parti Melayu lain seperti Bersatu pada pilihan raya tersebut. Pas pula dikatakan meletakkan syarat supaya menerima Bersatu sekiranya UMNO ingin bergabung.
PRU-15: MT UMNO sepakat tolak Bersatu
Sumber Utusan Malaysia.
Padan pun semalam admin terbaca satu entry dari seorang pemimpin yang juga jentera UMNO Selangor, berbunyi seperti dibawah, lebih kurang begitu.
Umno sudah kuat/hebat? Innalillahiwainnailaihirojiun
Rasanya dia sendiri belum yakin dengan kemampuan UMNO khususnya UMNO Selangor.
Tapi kan hari ini sikap dan pemikiran masyarakat luar bandar di Sabah dan Sarawak, admin nampak semakin matang dan kritikal sama dengan masyarakat urban Selangor yang sering menjadikan UMNO sebagai sasaran mereka.
Kalau benar maka UMNO bakal berhadapan dengan kesukaran yang amat-amat mencabar. Sedangkan dalam masa yang sama PPBM dan parti-parti dalam perikatan Nasional semakin diminati oleh rakyat tidak kiralah apa mereka masyarakat bandar mahupun masyarakat luar bandar.
Paling tragik di Sabah selepas Kadoh Agundong ialah Calon UMNO kalah kepada calon Bebas walhal calon Bebas itu asalnya adalah Wakil Rakyat daripada BN.
Kita tengoklah, UMNO ni tidak konsisten. Mereka mudah menarik sokongan bila keadaan tidak lagi melihat mereka. Sekarang ni mereka ibarat memancing persepsi pengundi atau rakyat Malaysia, jika okey mereka akan teruskan jika sebaliknya maka adalah alasan yang akan dimainkan.
Tidak percaya kamu tengok saja. Jangan potong jari admin tapi potong jari penyokong UMNO. He!
[…] UMNO Tolak Berkerjasama Dengan PPBM Pada PRU Akan Datang. Titik? […]
LikeLike