Rizal Mansor Ajak Najib Berdebat Isu Rosmah

Betulkah berita ni, sekiranya betul nah tidak kusangka sangka.

Setahu admin, Rizal inilah yang paling di depan dalam usaha mempertahankan isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor dari tuduhan yang berbagai.

Apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka.

Sebelum ni Rizal Mansor telah ditahan oleh SPRM kerana didakwa terlibat atau bersubahat dalam skandal yang dihadapi oleh Rosmah Mansor. Tapi terlepas dari tuduhan sebaliknya Rosmah Mansor yang diberikan peluang oleh Mahkamah untuk membela diri setelah tuduhan dan bukti yang dikemukakan menyakinkan Hakim Mahkamah Tinggi.

Dan cuba kamu tafsirkan gambar satira yang dimuatnaik oleh Rizal Mansor ini.

RIZAL MANSOR AJAK DS NAJIB RAZAK BERDEBAT ISU ROSMAH????

Sudah tiba masa untuk saya tidak lagi berdiam diri selepas page Najib Razak mengulas panjang lebar tentang kes Solar. Najib Razak membuat kesimpulan saya dalang dan memfitnah isteri beliau. Selama ini saya tidak mahu membuka mulut atau menulis apa-apa kerana ini sedang dibicarakan di Mahkamah.

Memandangkan page Najib Razak dan sekutunya banyak kali menyebut nama saya, maka dengan ini saya ingin mengajak YB Dato’ Sri Najib Razak untuk BERDEBAT SECARA LIVE di facebook pada tarikh dan masa yang beliau tetapkan. Beliau boleh menjemput sesiapa juga menemani beliau semasa live tersebut.

Saya percaya ramai nak tau adakah saya ‘minit’ sendiri surat menyurat daripada Jepak? Adakah saya mengarahkan YB Dato’ Sri minit surat-surat tersurat? Serta banyak lagi yang rakyat diluar sana tau.

Saya tunggu tarikh dan masa YB Dato’ Sri.

Salam
Rizal Mansor
Grand Alora

Adakah Rizal Mansor merujuk kepada posting Najib Razak seperti bawah. Wah berat tu, maksud Peguam Rosmah tu Rizal yang berurusan tanpa pengetahuan Rosmah. Begitu kah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.