Penjelasan Berhubung Penyerahan Geran Tanah Kerajaan Persekutuan Oleh Kerajaan Sabah

KENYATAAN AKHBAR PENJELASAN BERHUBUNG PENYERAHAN GERAN TANAH KERAJAAN PERSEKUTUAN OLEH KERAJAAN NEGERI


Pada 18hb Feb 2021, Kerajaan Negeri Sabah telah menyerahkan sejumiah 177 geran tanah kepada Kerajaan Persekutuan yang melibatkan jumlah sebenar 519.444 Hektar atau 1,283.57 ekar.

Kaedah perolehan tanah untuk kegunaan persekutuan di Sabah adalah melalui kaedah pengambilan tanah geran persendirian dengan peruntukan pampasan tanah dari agensi persekutuan dan melalui kaedah permohonan tanah kerajaan.

Pada tahun 2016, kerajaan Negeri telah memutuskan agar semua tanah untuk kegunaan Persekutuan melalui kaedah Permohonan Tanah atas tanah kerajaan tidak akan dikeluarkan geran tanah ke Persekutuan. Tanah tersebut akan kekal milikan Kerajaan Negeri melalui pewartaan dibawah Seksyen 28, Ordinan Tanah Sabah. Manakala tanah kegunaan persekutuan hasil dari proses pengambilan tanah dan pampasan tanah telah dibayar oleh agensi persekutuan akan kekal dikeluarkan geran tanah.

Contoh tanah-tanah kegunaan persekutuan yang diwartakan dan tanah kekal pemilikan Kerajaan Negeri ialah tapak Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang terletak di Jalan Sulaman dan Balai Polis di Tawau.

Tanah-tanah kegunaan Persekutuan yang dikeluarkan geran tanah pula adalah merupakan geran tanah pajakan selama 99 tahun. Agensi persekutuan perlulah membayar premium tanah dan sewa tanah tahunan seperti pemilik-pemilik geran tanah yang lain.

Geran-geran tanah persekutuan yang diserahkan pada 18/2/2021 adalah sebahagiannya tanah-tanah hasil pengambilan tanah dan sebahagian lagi merupakan kelulusan tanah sebelum tahun 2016 yang premium tanah telah dijelaskan.

Tanah-tanah bergeran yang diberikan kepada agensi persekutuan adalah khas digunakan untuk kegunaan pembinaan fasiliti awam seperti sekolah, hospital, klinik kesihatan, balai polis, balai bomba serta pejabat pos di mana ianya adalah untuk kegunaan dan kemudahan orang awam.

Kebanyakan tanah-tanah yang diserahkan adalah tanah yang telah sedia dibangunkan dengan bangunan sekolah, hospital, balas Polis dan sebagainya.

BERNARD LIEW CHAU MIN Pengarah Tanah Dan Ukur 20 Feb 2021

1 komen

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.