200 Orang Sulabayan, Semporna Menyertai Bersatu

Kelihatan YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor, Pengerusi Badan Perhubungan BERSATU Malaysia Negeri Sabah ini menerima 200 borang kemasukan keahlian baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia daripada Tuan Hermeny Murgal, mantan calon PKR N.52 Sulabayan PRU13.

Turut hadir bersama YB Datuk Hj Ariffin Mohd Ariff Bendahari BERSATU Malaysia Negeri Sabah, YB Tuan Fairuz Renddan Ketua ARMADA BERSATU Malaysia Negeri Sabah dan YBhg Datuk Japlin Akin Ketua BERSATU Bahagian Kota Belud.


Berangsur-angsur Parti Warisan kehilangan sokongan di daerah Presiden Warisan Shafie Apdal, Daerah Semporna.

Minggu lepas kalau tidak silap lah seramai 3000 ahli Warisan dari DUN Bugaya meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM (Bersatu). Walau pun ia cuba dinafikan oleh Ketua Penerangan Warisan Semporna tapi ia tidak mampu menutup kebenaran. Hakikatnya memang ramai ahli warisan daripada Semporna yang tidak lagi berminat kepada parti itu kerana merasakan Parti Warisan hanya pandai berjanji tetapi tidak mampu menunaikannya.

Masyarakat kampung di daerah itu sejak diperintah oleh Parti Warisan rata-rata menyatakan kesulitan mereka baik susah dari segi ekonomi mahupun persekitaran yang tidak lagi selamat.

Apalagi sejak kerajaan Perikatan Nasional memerintah, hampir setiap 3 bulan orang kampung menerima bantuan wang tunai dari kerajaan negeri mahupun Persekutuan.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑