
Ternyata benar persepsi rakyat Malaysia bahawa tujuan UMNO cuba menumbangkan atau menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah tidak ada lain untuk menyelamatkan pemimpin mereka yang sedang dibicarakan di mahkamah kerana rasuah dari dipenjarakan.
Persepsi rakyat Malaysia itu seolah-olah disahkan oleh seorang aktivis iaitu Presiden Gerakan Keadilan Sedunia (JUST). Bahawa sebab UMNO mahu menggulingkan Perdana Menteri bukan sebab Tan Sri Muhyiddin tidak berkemampuan. Tapi kerana ada dikalangan pemimpin UMNO tidak mahu masuk penjara.
Chandra Muzaffar mengulas terdapat beberapa individu daripada parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam kerajaan hari ini berdepan dengan perbicaraan mahkamah dan mungkin bakal dipenjarakan. Justeru mereka berharap jika pemimpin lain dinaikkan maka mereka boleh dilepaskan.
Kalau kita rujuk kes SPRM yang melibatkan pemimpin-pemimpin politik maka kita tahu yang terlibat bukan hanya daripada UMNO seperti Zahid Hamidi Najib Razak dan Ahmad Maslan tetapi juga daripada Parti Warisan seperti Peter Anthony dan beberapa lagi ini termasuklah keatas bekas setiausaha Kementerian Pelancongan yang juga Timbalan Ketua Wira Bahagian Semporna.
Peter Anthony Diarahkan Hadir Ke Mahkamah
Baru-baru ini UMNO kantoi bila mana cuba bekerjasama dengan DAP melalui sokongan mereka terhadap Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pendedahan sokongan daripada UMNO keatas Anwar Ibrahim tidak hanya dilakukan oleh penyokong Anwar bila mana ada kalangan pemimpin dan penyokong UMNO yang mempersoalkan akuan bersumpah yang telah dipersembahkan oleh Anwar kepada yang di-pertuan Agong.
Tetapi juga sokongan UMNO terhadap Anwar atau DAP itu turut didedahkan sendiri oleh Menteri Wilayah Annuar Musa yang juga pemimpin UMNO.
Begitu juga dengan Parti Warisan bila bertindak mengundi tidak menyokong belanjawan 2021, tujuannya tiada lain untuk menumbangkan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Anwar baru baru ini sekali lagi bersuara agar darurat yang diperkenankan oleh yang di-pertuan Agong supaya ditarik balik memandangkan kononnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi mendapat sokongan daripada seorang dua Ahli Parlimen. Presiden Warisan Shafie Apdal juga membuat tuntutan yang sama dengan mempersoal pelaksanaan darurat sekaligus mempertikaikan perkenan yang di-pertuan Agong berhubung darurat itu sendiri.
Walaupun Presiden UMNO melalui surat siaran media nya akur pada pelaksanaan darurat tetapi ramai yang percaya tindakan Anwar Ibrahim itu sebenarnya didorong oleh pemimpin pemimpin UMNO yang cuba lari daripada tuduhan rasuah di Mahkamah.
Itu juga bererti ketidakpuasan UMNO dan Warisan berhubung perlaksanaan darurat hanyalah kenyataan semata mata hakikatnya mereka takut sekiranya dalam tempoh darurat ini perbicaraan keatas mereka akan diteruskan tanpa gangguan mana mana pihak.
itu si Rosmah Mansor mahu Najib Razak take over top position Umno Leader..kan BN ..Najib Razak pegang top post.. anak jantan dia..KP Pemuda BN..tak senonoh betul..si rosmah kan minta DSZH kick off from Umno..mau laki dia handle ..betul sewel..atau dia fikirl keadaan mcm yg lepas..jenuh nyah kuman..toksik pula datang ..mmg merimaskan😛
LikeLike