Mana Ada Keabsahan Mutlak Dalam Sistem Demokrasi 🤔

AHLI Parlimen Pejuang tetap tidak akan menyokong Belanjawan 2021 yang akan diundi secara belah bahagi esok, kata pengasas parti itu Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, tindakan itu diambil kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) waktu ini tiada keabsahan undang-undang untuk terus mentadbir kerana tidak menguasai majoriti.

“Ia akan buktikan bahawa kerajaan telah hilang keabsahan kerana ia tidak mempunyai majoriti yang cukup untuk melulus belanjawan,” katanya.


Betul ke kenyataan tu keluar dari mulut Tun Dr Mahathir.

Macam tidak percaya pula. Sebab mana ada keabsahan mutlak dalam sistem demokrasi atau demokratik.

Memandangkan hasil dari demokratik memang begitu adakala kerajaan terpaksa ditadbir oleh pihak yang mendapat majoriti tipis ini kerana kewujudan atau bilangan mereka ditentukan oleh rakyat iaitu undi daripada rakyat.

Tun Mahathir memanggilnya sebagai hilang keabsahan. Apa tu?

Bagaimana andai pada pilihan raya akan datang parti yang memerintah hanya mendapat satu atau dua majoriti. Adakah pada ketika itu pemerintah telah hilang keabsahan ketika meluluskan belanjawan mereka.

Apa lagi yang kurang dalam belanjawan 2021 tu, itu sudah dikira cukup bagus memandangkan semua negara di dunia ini menghadapi krisis ekonomi akibat pendemik Covid 19.

Pernyataan Tun Mahathir itu hanya sesuai digunapakai ke atas Raja Thailand atau sistem monarki yang sekarang berhadapan dengan krisis kepercayaan dari rakyatnya.

Tun Mahathir kalau benci sangat pada Najib benci sajalah Najib seorang. Adapun negara ini biar kerajaan Perikatan Nasional yang uruskan. Sudah sudahlah tu ini semua berlaku bila Tun melepaskan jawatan Perdana Menteri walaupun cuba dihalang oleh Yang Di-pertuan Agong.

Macam mana ni Tun sendiri tidak lagi mendapat sokongan daripada penyokong DAP, PKR dan UMNO.

Habis itu macam mana tu. Nak tumbangkan Perikatan Nasional lepas itu yang diangkat menjadi Perdana Menteri ialah Anwar Ibrahim adakah Tun bersetuju, tidak juga kan. Jadi macam mana tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.