Surat UMNO Menjatuhkan PM Muhyiddin Yassin. Kantoi!

Sejujurnya dari awal lagi UMNO memang berkomplot ingin menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional walaupun hasrat jahat itu cuba dinafikan oleh kepimpinan UMNO dan laskar mereka.

Kita boleh agak bila hampir setiap hari ada saja kritikan yang dilemparkan oleh AJK UMNO terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Apa kritikan itu datang dari Puad Zarkashi atau beberapa lagi pemimpin UMNO yang kecundang pada pilihan raya umum yang lepas. Justeru mereka mengkritik demi mendapatkan perhatian dan ditawarkan jawatan tertentu.

Lucu kan sudah tua dalam politik UMNO dan tumbang di pilihan raya yang lepas kerana tipu muslihat mereka tapi masih lagi tidak insaf malah semakin tamak dan bertambah licik. Bikin hairan oh.

Selepas mesyuarat biro UMNO berlaku polemik yang dijalankan oleh Anwar Ibrahim melalui Istana bagi menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Tetapi gerakan itu kononnya dinafikan oleh Presiden UMNO dan Setiausaha Agong UMNO Ahmad Mazlan bahwa UMNO tidak akan berkerjasama dengan Anwar dan DAP. Ini katanya prinsip UMNO sejak dari dulu.

Siap memberikan jaminan bahawa UMNO akan memperkukuhkan Muafakat Nasional dan sama sekali tidak akan berkerjasama dengan Anwar dan DAP.

Begitu juga dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut menafikan komplot itu sebagai DAP telah membuat dakwaan yang keterlaluan bilamana Lim Kit Siang mendakwa mereka sudi bekerjasama dengan UMNO.

Hakikatnya tidak mungkin DAP bersuara atau mendedahkan komplot itu andai tidak ada pihak yang memulakannya atau tidak ada pihak yang merisik mereka. Selain UMNO yang cukup berpengalaman menyikapi perbuatan lempar batu sembunyi tangan.

DAP adalah kembar PKR, dua parti ini tidak boleh dipisahkan. Menyakiti DAP bererti melukai PKR.

Ironinya macam saja UMNO tidak pernah memegang jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri kanan yang lain. Tetapi tumbang di pilihan raya umum yang lepas.

Apa mereka ingat jawatan setinggi Perdana Menteri mampu memberikan jaminan sokongan di pilihan raya?

Sebentar tadi jentera PKR telah mendedahkan satu surat akuan yang ditandatangani oleh Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO. Bahawa mereka kepimpinan UMNO menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Dalam perakuan itu Zahid Hamidi menyatakan dengan jelas bahawa.

Presiden UMNO dan Ahli Dewan Rakyat yang lain memberikan sokongan dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi dan setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahli Parlimen Port Dickson untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke sembilan.

Surat ini bertarikh 11hb Oktober manakala mesyuarat biro UMNO berlaku pada 13hb Oktober.

Walaubagaimanapun hasrat ingin menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin khabarnya tidak kesampaian. Perikatan Nasional terus utuh di persada sana. Alhamdulillah.

Moralnya tanya pada sang Tupai. He!

5 Comments

  1. Kalau btoi lah surat tu palsu whai mnusia knpa tk repot berani kerana bnar kan apa nk jdi merosak kan nma umno dulu nk tubuh umno bkn snang mai hmpa yang gila jwtn ni snang2 ja merosak kan umno umno tk salah yang salah orang yang menerajui umno itu yang salah mcmtu nk jga bngsa dah tua2 ni buat lah kebaikn yang salah tetap salah aku pon umno dulu tpi tk dak pon mcm tu mkn duit mkn segala mcm apa salah tsmy memerintah smua ok apa sepatut nya kita melyu kna sapport bkn tndang dia hmpa smua bkn bru dlm party dah sma tua pon tak bleh pikiaq ka smua nak jwtn ckup lah hmpa dah senang lenang dah smua apa lgi hmpa mau pelik aku tk pnah2 ckup ok lah shbt2 smua jgn jdi qarun ya biar susah jgn jgn menyusah kan org lain

    Liked by 1 person

    Reply

  2. Inilah parti politik yg paling bangsat (UMNO)….yg akan menyebabkan melayu tersembam ke tanah….

    Dari dulu UMNO bermain kotor…memang sesuai dikatakan UMNO ni tangan ajaib yg hanya tahu balik tahi sembunyik tangan….

    Tolonglah UMNO….jgnlah nanti dikatakan persatuan politik paling bangsat dikemudian hari.

    Like

    Reply

  3. Annaariff1972 πŸŒΊπŸ˜€πŸπŸπŸPNPPBM M'sia πŸŒΊπŸ’―πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ†— October 19, 2020 at 2:43 am

    mereka menafikan surat ini.. katanya palsu.. saja dibuat oleh pihak yang jahat terhadap mereka.. tapi sign tu pun palsu ka.. kita dah lihat tingkah laku mereka kelmarin.. PPBM sudah tahu niat tak baik yg cuba dinafikan dek mereka.. lagipun mereka tak suka PN digazetkan oleh PPBM@Bersatu M’sia..itulah kan konon MN is beautiful things they done right.. pijak saja sudah tau.. ini mcm PH jugak lah.. apa apa mereka saja.. kita mau jadi kuli batak.. ikut saja apa mereka sebut kata suruh buat.. Hallo hallo.. lihat parti Pas pun sudah tahu dan anna marah mereka (Pas).. anna tidak suka orang buat bedebah kat kita.. apalagi Kawan kawan yg baik bagi anna.. mmg kena jotos dgn PPBM πŸ˜€

    Liked by 1 person

    Reply

Leave a Reply to Sabtuyah Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.