UMNO Ugut Keluar PN Jika Rasuah Najib, Zahid, Ahmad Dll Tidak Ditutup

Sudah admin baca semua kenyataan pemimpin pemimpin UMNO selepas mesyuarat majlis tertinggi mereka semalam atau lebih berterus terang selepas Anwar membuka jalan yakni menghadap yang di-Pertuan agong.

Tipu helah UMNO ini macam macam jenis dan seolah olah rakyat ini tidak ada otak tidak mampu membaca apa yang cuba direncanakan oleh mereka. Malah rakyat boleh memperjudikan nasib diri dan keturunan mereka dari yang paling tua hingga yang paling muda.

Berhubung UMNO akan menarik balik sokongan mereka terhadap Perikatan Nasional dan mendesak agar Muafakat Nasional didaftarkan secara rasmi.

Puad Zarkashi bersetuju dengan keputusan UMNO untuk menarik balik sokongan mereka keatas Perikatan Nasional. Alasannya kerana keputusan PRN Sabah yang menyaksikan jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO tidak sampai separuh dari kerusi yang disertai atau tidak lagi mendominasi politik Sabah.

Begitu juga dengan kenyataan Setiausaha UMNO Ahmad Mazlan dia juga menyatakan hal yang sama. Bukan hanya menyatakan tapi mendedahkan keputusan mesyuarat yang akan meninggalkan Perikatan Nasional sekiranya syarat baharu UMNO tidak dipersetujui oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Presiden PPBM.

Tidak terkecuali desakan daripada Najib berhubung keputusan itu. Juga menyokong sebab kononnya beberapa jawatan utama tidak diberikan kepada sama ada pemimpin PPBM atau UMNO. Seperti contoh individu yang mengetuai Kementerian Kewangan dan beberapa syarikat kerajaan (GLC) ia diketuai oleh bukan orang politik khususnya orang UMNO. Lebih kurang begitulah.

Tidak ketinggalan lampiran yang dikemukan oleh pemimpin veteran Ku Li berkenaan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Sebagai kononnya bukti usul memang wujud tapi dinafikan oleh “speaker”.

Noh Omar juga menyokong penuh tindakan UMNO meninggalkan Perikatan Nasional sekiranya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak bersetuju dengan syarat mereka. Selain mendaftarkan Muafakat Nasional sebagai pertubuhan yang rasmi atau sah.

Dan semua keputusan pemimpin pemimpin UMNO itu adalah muktamad kecuali beberapa orang yang masih rasional, tahu hakikat penerimaan rakyat terhadap UMNO yang sedikit saja kesilapan akan menyebabkan UMNO akan ditolak oleh rakyat.

Walau bagaimanapun Tajuddin yang juga pemimpin UMNO tampak gusar tentang apa yang dilakukan oleh Ahmad Maslan selaku Setiausaha Agung UMNO. Ini kerana keputusan meninggalkan Perikatan Nasional belum pun di muktamadkan oleh kepimpinan UMNO.

Tuan puan puan itu semua hanyalah alasan UMNO semata mata. Terutamanya alasan Puad Zarkashi itu. Kenapa apabila UMNO tidak lagi popular di Sabah maka Perikatan Nasional atau GRS pula yang dipersalahkan.

Bukannya pemimpin dan jentera UMNO dari pusat dihalang atau tidak datang berkempen semasa PRN Sabah 2020.

Siap datang berkempen menggunakan helikopter lagi.

Terimalah hakikat sentimen anti UMNO adalah propaganda yang paling berkesan di Sabah. Propaganda ini dimainkan oleh parti Warisan dan PCS menyebabkan Warisan berjaya mempertahankan dan memenangi beberapa kerusi dan PCS yang baru berumur satu bulan mudah diterima oleh golongan muda walaupun gagal memenangi walau satu kerusi DUN.

Pokoknya slogan anti UMNO adalah senjata yang paling berkesan di Sabah.

Rakyat Sabah nampak politik UMNO ni terlalu banyak putar belit selain keangkuhan pemimpinnya seperti mana sekarang. Tidak BERSYUKUR, walaupun UMNO tumbang di pilihan raya yang lepas tapi boleh lagi menjadi kerajaan. Rasanya tidak pernah berlaku di dunia demokrasi.

Itupun masih lagi berlagak abang besar. Justeru antara itulah yang membuat rakyat Sabah muak pada parti UMNO dan kepimpinannya.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Sabah walaupun UMNO tidak terlibat langsung dengan tindakan pembuburan DUN oleh Warisan, rentetan tekanan yang diberikan oleh kumpulan Tan Sri Musa Aman yang terdiri dari pemimpin Bersatu Sabah. Tapi bila berlaku agihan kerusi, UMNO pula yang melebih lebih seolah olah UMNO yang menyebakan pilihan raya negeri diadakan dan yang menentukan fikiran pengundi adalah UMNO. Sebab itulah mereka berani menuntut itu bekas kerusi UMNO. Kepala otaklah!

Selepas pilihan raya negeri sekali lagi UMNO berlagak abang besar, mahu mereka yang menjadi Ketua Menteri Sabah, walaupun selepas di tampar oleh rakyat Sabah.

Ramai yang tidak tahu kenapa pada akhirnya UMNO akur menamakan Ketua PPBM, Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah. Sepatutnya pergolakan ini telah menyedarkan UMNO walaupun majoriti ahli dan jentera UMNO tidak tahu hal yang menyebabkannya. Sebab itulah masih ramai yang syok sendiri, tidak sudah menghentam Bersatu Sabah.

Sikit pun tidak ada rasa malu. Muakkkk!

Hakikatnya tujuan UMNO mengugut akan meninggalkan Perikatan Nasional adalah supaya Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin segera melepaskan Najib, Zahid, Ahmad Mazlan dan beberapa lagi pemimpin UMNO dari tuduhan rasuah yang sedang dibicarakan di Mahkamah. Ini saja matlamat utamanya, tidak perlulah admin tulis disini jenis tuduhan rasuah yang mereka hadapi, rasanya rakyat Malaysia sudah sedia maklum.

Begitu halnya dengan desakan agar Muafakat Nasional didaftarkan sebagai pertubuhan yang rasmi ini juga merupakan tipu helah UMNO. Muslihatnya agar PAS terikat hingga tidak lagi boleh membuat keputusan dengan mana mana parti tanpa persetujuan daripada mereka.

Dalam erti kata lain kalau pun pemimpin pemimpin UMNO itu di humban ke lubang neraka maka yang binasa bukan hanya mereka tapi semua penyokong UMNO, PAS dan GRS. Biar sama sama mampus. Ini yang rakyat Malaysia yang berpendidikan nampak.

Begitu pendedahan berani mati tanpa rasa malu. Maka timbul satu persoalan.

Adakah, andai Tan Sri Muhyiddin Yasin sangup melepaskan pemimpin UMNO berkenaan dari tuduhan rasuah mereka di Mahkamah maka UMNO masih boleh mendapat kemenangan di pilihan raya yang akan datang sekaligus membentuk kerajaan. Apa jaminan UMNO? harakiri!

Bagaiman pula jika sekiranya tumbang buat kali yang kedua. Tidak ke kerajaan yang baru nanti akan tetap membicarakan atau menghukum mereka.

Sebab pada ketika itu rakyat tengah berkobar kobar untuk menumbangkan UMNO yang keterlaluan.

Demi keadilan dan prinsip admin lebih memandang tinggi penagih dadah dari pemimpin UMNO seperti itu. Spesis tidak reti diuntung sudahlah penjenayah sanggup lagi mengheret rakyat demi menyelesaikan peribadi mereka.

Sepatutnya pandai buat pandai simpan lah. Khurafat punya kerja. Tolonglah.

Kalau ia pun buatlah desakan secara berhemah kalau tetap tidak dilayan, barulah ambil tindakan yang drastik dalam masa yang sama tetap menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin lalu mendesak agar Parlimen dibubarkan. Kalau mendapat kemenangan besar, waktu itu terserah UMNO mahu menjual tanah Semenanjung terserah mereka.

Bersetuju pada pendapat Menteri Wilayah Annuar Musa. Bertenang kamu wahai kamu yang terlibat dan carilah jalan penyelesaian yang terbaik.

3 Comments

  1. Kerajaan sekarang pun tidak mengikut proses demokrasi iaitu melalui Pilihanraya Umum .Kerajaan sekarang adalah Kerajaan Rampas Kuasa walaupun dihalalkan dalam Perlembagaan Negara. Tetapi ianya tetap cara tidak sihat apatah lagi HARGA DIRI Ahli ahli Parlimen boleh dijual beli sewenang wenangnya. Apakah Ahli Parlimen tidak mempunyai maruah dan harga diri? Mana matlamat sebenar menjadi Ahli Parlimen? Ramai Ahli Parlimen tiada Interity dan bagaimana nak jaga rakyat? Semoga Ahli Ahli Parlimen muhasabah diri sebelum membuat sesuatu tindakan kerana kesengsaraan ditanggung oleh rakyat bukan Ahli Ahli Parlimen. Sepatutnya Ahli Ahli Politik lebih matang berpolitik dan jangan amalkan budaya Rampas Kuasa kerana ianya akan berterusan tanpa noktah. Fikir fikir dan renung renungkanlah demi KEBAIKAN Negara Kita Malaysia.

    Like

    Reply

  2. Ni statement macam dari puak
    kerajaan sepengal yang lepas je ni…🤣🤣🤣…selagi bau hancing kencing kat badan tu masih ada…selagi itu macai kerajaan sepengal akan berstatement sebegitu tu..ki ki ki🤭

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.