Untuk Apa Shafie Dedahkan Tanah Yang Berjaya Dibangun Menjadi Ladang Sawit?

Kononnya Shafie mempersoalkan pemberian tanah kepada Tan Sri Musa Aman dan Datuk Anifah Aman yang dianugerahkan atas nama Tan Sri Majid Khan pada tahun 2015 dan 2018.

Di mana tanah berkenaan telah pun diusahakan oleh Syarikat Sabah Softwood, Rentak Hasil dan Jawala Plantation.

Begitu juga Elbert Lim yang disebut oleh Shafie Apdal telah mendapat tanah dalam jumlah tertentu. Juga sebenarnya telah diusahakan menjadi ladang.

Tanah atau ladang itu terletak di Kalabakan.

Jadi apa isunya wahai Presiden Warisan, Shafie? bukan kah tanah tanah berkenaan telah dibangunkan menjadi ladang Kelapa Sawit dan telah menyediakan peluang pekerjaan kepada ribuan anak anak tempatan Sabah. Selain telah menambah pendapatan kerajaan negeri Sabah melalui sistem percukaian dan sebagainya?

Sepatutnya kerajaan Warisan meniru langkah Tan Sri Musa Aman. Cari tanah selepas itu komersialkan menjadi ladang kelapa sawit atau apa saja asalkan boleh menyediakan peluang pekerjaan kepada anak anak tempatan dan menambah pendapatan kerajaan negeri.

Jangan saja macam kerajaan Warisan sebelum ini mencari billionaire dari Jepun atau China untuk memajukan tanah yang bernilai tinggi di kawasan bandar. Ini jelas ada yang tidak kena, tampak ada persekongkolan yang hanya menguntungkan individu individu tertentu dalam kerajaan Warisan.

Bukan setakat sibuk merasmikan prasarana yang telah siap dibina oleh kerajaan terdahulu atau sekadar berbangga dengan jenama minyak kelapa sawit. Entah entah bahan minyak sawit yang dibanggakan itu datang dari ladang Softwood dan Rentak Hasil. He!

Hakikatnya kalau bukan Tan Sri Majid Khan dan Elbert Lim yang dapat pasti tanah berkenaan tetap menjadi milik orang lain. Sebab itulah tidak timbul persoalan siapa yang menjadi pemilik tanah berkenaan apa lagi ada had tempoh yang telah ditentukan.

Lupakan sajalah propaganda seperti itu. Apa beza dua syarikat berkenaan dengan FELDA, FELCRA, IOI dan banyak lagi ladang ladang kecil milik masyarakat Sabah?

Bagaimana pula dengan skandal penyelewengan yang berlaku diera Kementerian KKLW sebelum ini. Bukan skandal ini melibatkan wang rakyat yang mencecah jutaan ringgit? hal ini telah diangkat oleh Najib Razak melalui pagenya tapi sehingga hari ini tidak ada seorang pun jentera dan pemimpin Warisan tampil mempertikaikannya.

Jadi apalah sangat kes tanah yang berjaya dibangunkan menjadi plantation berbanding bilion bilion wang rakyat yang diselewengkan melalui KKLW. Peter Anthony mantan Menteri Infrastruktur Sabah yang didakwa di Mahkamah adalah kerana skandal yang berlaku dalam KKLW lah tapi tidak pula menjadi modal Warisan semasa berkempen.

Baru dua setengah tahun Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah tapi terpalit dengan aktiviti penyalahgunaan kuasa. Ini perkembangan yang sangat sangat membahayakan. Bayangkan andai ada lagi tiga atau empat tahun? silap silap seluar dalam pun tidak boleh dibeli oleh macai Warisan ialah kalau peluang dan kekayaan Sabah hanya dimonopoli oleh kerabat dan kroni tertentu dalam Warisan dan mereka tahu macai itu tidak akan mempersoalkannya cukup dengan hanya menghadiahkan mereka bendera Warisan dan sebatang kayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.