Bina Lebih Banyak Rumah PPR Bantu Rakyat – Calon Bersatu, Apas

Membina lebih banyak Projek Perumahan Rakyat (PPR) di pesisir pantai khusus kepada golongan berpendapatan rendah menjadi misi calon Perikatan Nasional Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kawasan Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Katanya, misi tersebut dibuat selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, bagaimana pun tidak dapat diteruskan selepas situasi politik di negeri ini.

Katanya, meskipun telah wujud PPR di kawasan berkenaan namun ia diluar kawasan pesisir dan tidak memenuhi golongan sasar.

Beliau berkata demikian ditemui di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Kampung Hidayat Batu 4 Apas di Tawau.

Menurutnya, usaha mengurangkan masalah banjir kilat di beberapa kampung di kawasan berkenaan setiap berlakunya hujan lebat juga menjadi perhatian berterusan.

Datuk Nizam turut memberitahu, melalui kementerian pembangunan luar bandar, beberapa projek bagi membaikpulih rumah daif termasuk rumah-rumah bina baharu di kawasan DUN Apas telah dilaksana dan telah diluluskan selain akan membina prasarana bagi kemudahan belia setempat di kawasan itu.

Dalam pada itu beliau berkata, bagi memastikan pembangunan berterusan di negeri ini, rakyat perlu bijak memilih kerajaan yang seiring dengan kerajaan persekutuan. Ini kerana sejarah membuktikan kerajaan negeri yang tidak selari dengan persekutuan hanya akan merugikan rakyat dari segi mendapatkan peruntukan sekaligus membantutkan kemajuan negeri.

Sementara itu penduduk DUN Apas yang ditemui menzahirkan harapan dan keinginan untuk kawasan berkenaan.

2 thoughts on “Bina Lebih Banyak Rumah PPR Bantu Rakyat – Calon Bersatu, Apas

Add yours

  1. Kalau Shafee cakap, kamu kata TAK PAYAHLAH BUAT JANJI-JANJI…….😹
    Tapi kalau boss kamu cakap…wah! bukan main lambong. Mesti dia beri kamu habuan besar, kan.
    SUCH A HIPOKRITlah kamu, Jalinluin.
    Kalau WARISAN MENANG BESAR, aku percaya kamu akan lompat masuk kolam WARISAN dan puji Shafee melambong-lambong!!!

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: