Admin tidak dapat pastikan kalau pada awal Ogos 2017 Parti Warisan, Shafie Afdal ada berjanji akan menghapuskan hak milik tanah komunal dan menggantikannya dengan hak milik individu.
Sekiranya ada itu pasti hanyalah muslihat politik Warisan semata mata untuk mencari sokongan dari golongan tamak yang tidak memikirkan nasib generasi mereka. Merekalah golongan bodoh tidak belajar dari sejarah.
Sekitar 80an habis tanah dijual pada orang luar, hari ini generasi mereka hanya menggigit jari.
Hari ini kita nampak ramai bukan bumiputra memiliki tanah di hampir pelusuk negeri Sabah. Tapi itu tidak bermaksud kita mempersoalkan keberadaan mereka. Si Penjuallah yang tamak dan bodoh.
Geran berstatus komunal lebih menjamin masa depan pemiliknya yang mana tanah boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain tidak seperti geran hak individu yang boleh diniagakan.
Jadi jangan kamu percaya pada dakwaan blog si Darell tu yang mendakwa pemegang geran komunal tidak ada hak ke atas tanah mereka atau menentukan jenis tanaman mereka. Itu semua hanyalah propaganda mereka.
Sebaliknya yang patut kamu tanya kepimpinan Parti Warisan ialah pada pilihanraya yang lepas mereka ada berjanji melalui manifesto Warisan, bahawa jika Parti Warisan berjaya membentuk kerajaan negeri maka tanah atau ladang Felda di Sabah akan dipecah-pecahkan atau diagihkan dan diberikan kepada rakyat Sabah.
Sekarang apa cerita, bila tanah Felda di Lahad Datu Tawau itu diagihkan pada rakyat Sabah?

Komen pada isu biar nuetral, jgn berat sebelah pd satu pihak
LikeLike
Komen pada isu biar nuetral, jgn berat sebelah pd satu pihak
LikeLike