
Memanglah pihak Istana tidak atau belum menerima dokumen akuan bersumpah sebab kumpulan Tan Sri Musa Aman tidak dibenarkan menghadap TYT.
Tapi betulkah Istana belum menerima surat akuan bersumpah berkenaan. Bagaimana pula dengan kenyataan akhbar dibawah.
Secara logiknya kalau sokongan ADUN terhadap Musa Aman berada diluar pengetahuan Shafie Apdal. Jadi kenapa tiba-tiba DUN dibubarkan?
Realistik kalau sokongan terhadap Musa Aman berada diluar pengetahuan Istana. Jadi kenapa TYT membenarkan Shafie membubarkan DUN?
Adakah semasa Shafie memohon atau menasihati TYT supaya membubarkan DUN. Shafie tidak memberikan alasan yang kukuh serta bukti, jumlah sokongan ADUN yang dia masih ada?
Come on, janganlah beranggapan masyarakat Sabah ini terlalu bodoh hingga tidak mampu menilai hal sekecil ini. Allahu Akbar.
Admin tidak pasti situasi mana yang dirujuk oleh Adun Junz Wong menerusi tweetnya, seperti dibawah. Adakah tweet ini merujuk pada konspirasi terancang diantara kepimpinan Warisan dan pihak tertentu dalam Istana Negeri sebab itulah boleh secara tiba-tiba DUN dibubarkan oleh Shafie? Tweet ini bertarikh 14hb June 2020 beberapa minggu sebelum DUN dibubarkan.

Ironisnya team Musa Aman berkumpul dan mengadakan sidang media pada 29hb Julai 2020 iaitu sehari sebelum DUN dibubarkan oleh Shafie Apdal. Itu menunjukkan Shafie terkedu terdesak hingga memaksa DUN dibubarkan tanpa mempedulikan lagi perlembagaan negeri dan protokol Istana. Tidak timbul persoalan Istana belum atau tidak menerima dokumen akaun bersumpah itu hanyalah alasan semata-mata.
Yang pasti pembubaran DUN Sabah dibawah kepimpinan Warisan tidak mengikut protokol Istana dan perlembagaan kerajaan negeri. Titik!
Pihak yang menyokong Perikatan Nasional harus membuat penafian ini. Ini kerana penyokong Warisan sedang mencanang kononnya 33 akaun bersumpah itu sebenarnya tidak wujud pada hari DUN dibubarkan. (Lebih kurang begitulah). Seolah-olah Perikatan Nasional ini pembohong.
Didalam mencari kebenaran kita ataupun masyarakat tidak boleh hanya mendengar sebelah pihak. Nanti lain pula yang timbul iaitu ketidakamanan.
- GRS Pertimbang Laksanakan Keahlian Secara Terus, Apa Yang Salah?Portal berita Malaysiakini menerbitkan berita bertajuk GRS pertimbang laksanakan keahlian secara terus. Editor Malaysiakini merujuk kenyataan pengerusi GRS, Ketua Menteri Sabah, Datuk… Teruskan membaca GRS Pertimbang Laksanakan Keahlian Secara Terus, Apa Yang Salah?
- Prinsip Politik GRSGRS juga harus digerakkan dengan berpandukan kepada dua prinsip politik. Pertama, prinsip Politik Pembangunan yang mengutamakan pencapaian dan bukan janji retorika politik… Teruskan membaca Prinsip Politik GRS
- Agenda GRS : Sayangi SabahDengan penubuhan GRS sebagai entiti politik rasmi, pelaksanaan Agenda Sayangi Sabah akan ditambah nilai melalui empat teras perjuangan GRS yang meliputi: Pertama,… Teruskan membaca Agenda GRS : Sayangi Sabah
- Pelancaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS)Hari satu lagi peristiwa penting terukir dalam lipatan sejarah negeri. Permuafakatan parti-parti politik melahirkan sebuah wadah baharu dan jajaran politik lokal yang… Teruskan membaca Pelancaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
- Agenda GRS Menyemarakkan Semangat Sabah Yang BersatuDemi menyemarakkan semangat Sabah yang Bersatu, saya akan membincangkan dengan rakan-rakan pimpinan untuk mengusahakan strategi dan pendekatan lain bagi membawa lebih ramai… Teruskan membaca Agenda GRS Menyemarakkan Semangat Sabah Yang Bersatu
Bila kuasa diserahkan kepada orang orang jahat dan rakus tunggulah kebinasaannya.
LikeLike
Rakyat Sabah 110% setuju Dengan pembubaran dun Sabah. Supaya katak2 yg melompat, tidak lagi berkuasa. Katak2 yg melompat semua cuma mementingkan diri mereka sendiri, Dan bukan hendak menyelesaikan masalah rakyat Sabah yg dlm kesusahan. Move on.
LikeLike
Musa Aman ni rakus kuasa. Berapa panggal dia berkuasa disabah jadi cm. Bagilah pada yg lain janganlah di sogok dengan wang ringgit agar yb melompat mengikut kehendak kerakusan kuasa
LikeLike
Tidur….
Allah Maha Mengetahui siapa bemar dan siapa salah.. Klu bukan di dunia, di akhirat kelak akan di tanya nnt…Jawablah nnt depan Allah pemimpin dan anggota mu yang mana banyak susahkan rakyat…Yang menipu dan yang bersekongkol dengannya akan turut merasai balasannya.. In Sha Allah…
LikeLike
Pembubaran DUN Sabah adalah sah dibawah perlembagaan negeri Sabah. Titik!
LikeLike
Setuju,!
LikeLike