
Memanglah pihak Istana tidak atau belum menerima dokumen akuan bersumpah sebab kumpulan Tan Sri Musa Aman tidak dibenarkan menghadap TYT.
Tapi betulkah Istana belum menerima surat akuan bersumpah berkenaan. Bagaimana pula dengan kenyataan akhbar dibawah.
Secara logiknya kalau sokongan ADUN terhadap Musa Aman berada diluar pengetahuan Shafie Apdal. Jadi kenapa tiba-tiba DUN dibubarkan?
Realistik kalau sokongan terhadap Musa Aman berada diluar pengetahuan Istana. Jadi kenapa TYT membenarkan Shafie membubarkan DUN?
Adakah semasa Shafie memohon atau menasihati TYT supaya membubarkan DUN. Shafie tidak memberikan alasan yang kukuh serta bukti, jumlah sokongan ADUN yang dia masih ada?
Come on, janganlah beranggapan masyarakat Sabah ini terlalu bodoh hingga tidak mampu menilai hal sekecil ini. Allahu Akbar.
Admin tidak pasti situasi mana yang dirujuk oleh Adun Junz Wong menerusi tweetnya, seperti dibawah. Adakah tweet ini merujuk pada konspirasi terancang diantara kepimpinan Warisan dan pihak tertentu dalam Istana Negeri sebab itulah boleh secara tiba-tiba DUN dibubarkan oleh Shafie? Tweet ini bertarikh 14hb June 2020 beberapa minggu sebelum DUN dibubarkan.

Ironisnya team Musa Aman berkumpul dan mengadakan sidang media pada 29hb Julai 2020 iaitu sehari sebelum DUN dibubarkan oleh Shafie Apdal. Itu menunjukkan Shafie terkedu terdesak hingga memaksa DUN dibubarkan tanpa mempedulikan lagi perlembagaan negeri dan protokol Istana. Tidak timbul persoalan Istana belum atau tidak menerima dokumen akaun bersumpah itu hanyalah alasan semata-mata.
Yang pasti pembubaran DUN Sabah dibawah kepimpinan Warisan tidak mengikut protokol Istana dan perlembagaan kerajaan negeri. Titik!
Pihak yang menyokong Perikatan Nasional harus membuat penafian ini. Ini kerana penyokong Warisan sedang mencanang kononnya 33 akaun bersumpah itu sebenarnya tidak wujud pada hari DUN dibubarkan. (Lebih kurang begitulah). Seolah-olah Perikatan Nasional ini pembohong.
Didalam mencari kebenaran kita ataupun masyarakat tidak boleh hanya mendengar sebelah pihak. Nanti lain pula yang timbul iaitu ketidakamanan.
- Rakyat Sabah Bangga dan Teruja PM Anwar Hadir Pesta Kaamatan – KM Hajiji
- KM Hajiji Haji Noor , Joseph Pairin Kitingan dan Jeffrey Kitingan Sambut Pesta Kaamatan Di KDCA Penampang
- Krisis Bekalan Letrik dan Air Lebih Teruk Era Kerajaan Warisan (Video)Siapa kata kerajaan Warisan tidak berhadapan dengan krisis kemudahan asas air dan elektrik? Hakikatnya bukan hanya berlaku malah lebih teruk sebenarnya. Bayangkan… Continue Reading →
- Apa Ditulis Calon Warisan Yang Kalah Kepada Bung Mokhtar. Hak Sabah Hilang Selepas RUU Sabah?Terbaca tulisan totok Warisan yang mempolitikkan kedudukan Sabah dalam Malaysia. Politik lapuk, taktik yang sama semasa awal Warisan bertapak di Sabah. Tidak dinafikan… Continue Reading →
- Kemajuan Terkini Lebuhraya Pan Borneo Pakej 4Kemajuan terkini Pan Borneo pakej kerja 4. Projek Lebuhraya Pan Borneo (LBP) adalah projek membina lingkaran jalan raya utama yang merentasi negeri… Continue Reading →
Bila kuasa diserahkan kepada orang orang jahat dan rakus tunggulah kebinasaannya.
LikeLike
Rakyat Sabah 110% setuju Dengan pembubaran dun Sabah. Supaya katak2 yg melompat, tidak lagi berkuasa. Katak2 yg melompat semua cuma mementingkan diri mereka sendiri, Dan bukan hendak menyelesaikan masalah rakyat Sabah yg dlm kesusahan. Move on.
LikeLike
Musa Aman ni rakus kuasa. Berapa panggal dia berkuasa disabah jadi cm. Bagilah pada yg lain janganlah di sogok dengan wang ringgit agar yb melompat mengikut kehendak kerakusan kuasa
LikeLike
Tidur….
Allah Maha Mengetahui siapa bemar dan siapa salah.. Klu bukan di dunia, di akhirat kelak akan di tanya nnt…Jawablah nnt depan Allah pemimpin dan anggota mu yang mana banyak susahkan rakyat…Yang menipu dan yang bersekongkol dengannya akan turut merasai balasannya.. In Sha Allah…
LikeLike
Pembubaran DUN Sabah adalah sah dibawah perlembagaan negeri Sabah. Titik!
LikeLike
Setuju,!
LikeLike