Agihan Kerusi DUN Bukan Isu Selagi Ada Setiakawan

Amat bersetuju pada pendapat wakil rakyat daripada Bersatu Sabah Datuk Nizam yang juga Adun Apas, Tawau.

Beliau berpendapat kemelut pembahagian kerusi antara UMNO dan Parti Bersatu Malaysia Bersatu (Bersatu Sabah) dapat diselesaikan melalui kerjasama serta hubungan setiakawan yang baik.

Ia juga amat penting dalam memastikan kemenangan bagi mengambil alih kerajaan negeri yang ada sekarang.

Beliau amat yakin bahawa oleh kerana matlamat setiap parti dalam komponen Perikatan Nasional adalah kemenangan maka isu pembahagian kerusi akan dapat diselesaikan dengan mudah.

Dalam masa yang sama ketika ditanya bagaimana pula dengan sokongan pengundi di DUN Apas beliau berkata dia mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat di kawasan itu. Ini kerana pada beliau mereka bukan hanya pengundi tetapi sebuah keluarga yang besar kepada dirinya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidil Adha bersama 20 anggota keselamatan ESSCOM dan penduduk kampung, Kampung Titingan Tawau.

Beliau turut menyumbangkan 14 ekor lembu untuk dikorbankan dan diagihkan kepada penduduk di kawasan DUN Apas.

12 Comments

      1. Saya jawab posting awak, tapi tak boleh masuk. Klik, hilang!
        Saya buat sekali lagi, pun sama. Alih-alih posting ketiga, masuk pulak!!!

        Like

        Reply

  1. Kihkihkih……Musa Aman sudah tertipu. Habis duit rm260++ juta untuk suruh katak melompat. Patutlah Shafiee Afdal relaks je bila ada orang announced, “Saya sudah hilang kepercayaan kpd pucuk kepimpinsn”.

    Shafee relsks je, kata, ” Everything is fine, everything is fine. Don’t worry, Warisan is fine!
    KAHKAHKAHKAH.

    Bila sah duit semua dah pindah ke akaun katak dan Musa Aman confidently announced, I GOT THE NUMBERS, Shafiee pun bertindak. DUN Sabah dibubar!!!!!

    Hamik kau, Musa…..😆
    Terkulat-kulat Musa nak angkat simpah. Duit rm260++ dah hangus!
    Yang untung Warisan, Pkr, Bersatu dan Dap. Party mereka sudah bersih dpd katak. Terima kasih Musa Aman. Jasamu akan sentiasa di kenang.

    Jalinluin, sebagai penganalisis politik Sabah yg jujur dan telus, awak fikir ini mastermind siapa……?????

    Abam………?
    Abah………….??
    Acik/uncle……..???
    Or, ATOK…………….???????

    Like

    Reply

      1. In that case, UMNO/Musa Aman baik menang Prk Dun Sabah ni nanti, otherwise SPRM will move in trackking duit rm260++ yg masuk ke akaun katak-katak yg melompat keluar dari kolam warissan.

        Elok-elok Musa sudah lepas dpd tuduhan money laundering or was it corruprion (?), dia akan kena lagi.

        Awak fikir Abah nak tolong Musa lagikah, kali kedua ni….?????

        Like

        Reply

        1. Tipu tu Musa akan berhadapan lagi dengan tuduhan. Tuduhan-tuduhan sebelum ini pun tidak lepas.

          Sebaliknya yang berlaku.

          Beberapa wakil rakyat Warisan, kakitangan kementerian dan peguam Warisan yang dicari dan berhadapan dengan tuduhan salah guna kuasa di Mahkamah.

          Sebat itulah Warisan cepat cepat membubarkan kuasa sebab mereka tahu kalau mereka akan cepat berhadapan dengan hari penghakiman.

          Sabah rosak kerana rasuah Warisan

          Like

          Reply

          1. Saya dapat info dpd blog outsyedthebox. Orang Sabah yg bagi info ni.

            Syed kotak punya info biasanya 75% boleh pakai. Apa pun, kita tunggu habis prk. Kalau Musa cuba halang prk ni, maknanya, info Syed Kotak is 100% correct!!!

            Like

            Reply

            1. Tidak betul tu kalau pun pembubaran DUN ini tidak sah, ia tidak disebabkan oleh Musa Aman tetapi memang tidak sah di sisi peraturan malah sebenarnya merendahkan martabat Institusi Raja di Malaysia.

              Like

              Reply

Leave a Reply to critical Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.