Entah Kenapa Pemimpin UMNO Menyerang Bersatu Sabah

Pemimpin UMNO yang kecewa kerana kalah merebut jawatan tertentu melepaskan geram mereka pada Bersatu Sabah. Mereka lupa kepimpinan mana yang berjaya mempertahankan UMNO pada PRU yang lepas. 

UMNO Sabah berjaya mempertahankan kemenangan sedangkan UMNO Semenanjung kalah teruk. Nasib baiklah berlaku kejadian yang tidak dijangka menyebabkan UMNO menjadi sebahagian daripada kerajaan walaupun kalah di pilihan raya yang lepas.

Kenapa mereka tidak mempersoalkan calon UMNO yang kalah sebagai bukti bahawa kemenangan calon BN pada PRU yang lepas adalah kerana faktor calon itu sendiri bukannya faktor UMNO.

Hentikanlah serangan seperti ini apa lagi perundingan di antara parti-parti komponen PN belum berlaku. Tarikh pilihan raya pun belum lagi diumumkan dan adakah pembubaran DUN Sabah sah di sisi undang-undang, siapa tahu ia terbatal.

Pergeseran berlaku bilamana Ketua Bersatu Sabah menyatakan bahawa partinya akan bertanding di 45 kerusi DUN jika PRN berlaku dalam tempoh yang terdekat. Tapi itupun pintu perundingan sentiasa terbuka kepada semua parti termasuklah UMNO.

Janganlah terlalu pelupa tanpa kumpulan Gabungan Sabah yang diketuai oleh Tan Sri Musa dan Datuk Hajiji serta pemimpin utama dari parti tempatan Sabah. Tidak kerajaan Warisan tumbang walaupun baru masuk tiga tahun sebagai kerajaan negeri.

Jangan lupa pihak mana yang bertanggungjawab menumbangkan Warisan. Oleh itu jangan lebih sudu dari kuah. Memalukan tu. Hemmm!

  • Pritchard Menuntut Bina Klinik Dari Najib Selepas Kritikan Hajiji
    Setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking, Pritchard Gumbaris marah bila Ketua PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor membuat dakwaan yang sememangnya benar. Bahawa kerajaan Sabah sejak di perintah oleh Warisan dalam tempoh […]
  • Surat Shafie Pada TYT Minta Bubar DUN Tidak Sah
    Arahan dalam surat permohonan Ketua Menteri Sabah, Shafie kepada Tuan Yang di-Pertua negeri Sabah TYT salah rujuk peruntukan atau akta yang menyebabkan pembubaran DUN yang diumumkan oleh Shafie Apdal pada 30hb Julai besar […]
  • Memacu Sabah Kembali ke Landasan Betul
    Gabungan 33 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mewakili semua parti politik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15, teguh dengan pendirian untuk mengembalikan kebenaran dan keadilan. Dengan hati yang ikhlas, kami berharap Mahkamah […]
  • Ekonomi Sabah Merosot Sejak Di Perintah Oleh Warisan
    Naib Presiden PBS Joachim Gunsalam mengingatkan rakyat Sabah bahawa ekonomi Sabah akan terus merosot sekiranya sekali lagi Parti Warisan diberikan kepercayaan untuk menerajui kerajaan negeri. Ini berdasarkan Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan […]
  • Azmin Sedia Bantu PPBM Di PRN Sabah
    Ketua penerangan Perikatan Nasional Azmin Ali dan kumpulannya bersedia membantu Perikatan Nasional untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah. Tumpuan penuh diberikan kepada jentera PPBM (Bersatu) Sabah bagi memastikan kemenangan yang besar. Pun begitu […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.