Warisan Berevolusi Menjadi Parti Katak

Kamu tengok slogan dibelakang tu….. Mesti Ubah. Ubah jadi apa?

Ahli Parlimen Warisan, Liew Vui Keong menyatakan Warisan akan menggubal Perlembagaan parti supaya Tun Dr Mahathir boleh bersama mereka atau menjadi ahli parti Warisan.

Maksudnya Tun akan berpartisipasi dalam slogan Sabah for Sabahan dan Sabah Ubah? Lucu.

Kenapa sejak kebelakangan ini suka betul pemimpin Warisan bermimpi di siang hari dan malah suka dipersenda. Baru-baru ini PM Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Shafie yang beliau pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Sebelum itu Presiden Warisan,Shafie dipersenda bilamana namanya diangkat oleh Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri. Persendaan itu telah membuat pemimpin dan penyokong Warisan hilang akal hingga lupa agenda Borneonisasi mereka. He!

Sebuah parti yang dipandu menggunakan sentimen kekitaan dan doktrin itu ditiup dalam slogan Sabah for Sabahan dan Sabah Ubah pada pengikut yang sebenarnya mereka sendiri tidak faham apa itu Borneonisasi. Ironinya hari ini Warisan dibuka kepada orang luar supaya jenis pemimpin Malaya yang mereka keji selama ini boleh duduk bersama mereka. Jelas hasrat itu bertentangan dengan konsep Borneonisasi. Jadi faham kah kamu wahai jentera/penyokong Warisan, Borneonisasi adalah hal yang bertentangan dengan politik Tun Mahathir, itulah maksud sebenar Borneonisasi. Hahaha!

Inilah apa yang dipanggil wadah dijual gadai demi mencapai matlamat. Ternyata slogan dan agenda parti Warisan hanyalah catatan biasa yang tidak mampu dihayati. Rasanya pada pemahaman mereka itu hanyalah slogan-slogan yang tidak akan mampu mendidik mereka.

Dalam pada itu pun kita masih mendengar penyataan retorik dari pemimpin dan jentera/penyokong Parti Warisan yang terus memainkan sentimen kenegerian bangsa terhadap pemimpin dan penyokong parti daripada Malaya. Tidak kiralah apa itu terhadap parti UMNO PKR atau saja Parti Amanah. Pokoknya ia akan terus didendangkan selagi perlembagaan parti belum digubal. Hahaha! Rosak.

Warisan semakin lemah dan rosak kerana Perlembagaan parti yang sepatutnya menjadi benteng kekuatan satu satu wadah boleh dibuka tutup macam Cinema.

Sesuatu yang wow bukan kerana ia hebat tapi wow yang menjengkelkan. Ia tidak ada beza dengan istilah yang selalu digunakan oleh pemain politik bila berhadapan dengan sesuatu yang berada di luar kebiasaan, mereka akan berkata itu semua hanyalah alasan untuk menghalalkan cara. Nah inilah yang dilakukan oleh Warisan membuat sesuatu demi menghalalkan langkah yang lari dari matlamat asal mereka.

Inilah masalahnya bila majoriti jentera satu-satu parti itu membelakangkan akal mereka. Admin kalau berhujah dengan jentera Warisan, mula-mula sekali admin akan labelkan mereka sebagai bukan orang atau masyarakat tetapi robot khas yang ditugaskan untuk menafikan apa saja penyataan yang tidak sealiran dengan Warisan.

Kalaupun hasrat menggubal perlembagaan parti tidak menjadi kenyataan ataupun Tun menolak tawaran Warisan. Maka apa pun alasannya niat pemimpin Warisan yang menyimpang sudah ada dan telah pun dizahirkan kepada umum. Hasrat sebesar ini tidak ada bezanya dengan tindakan beberapa wakil rakyat daripada BN yang bersekongkol membentuk kerajaan negeri bersama Warisan selepas pilihan raya umum yang lepas.

Warisan dengan sendirinya berevolusi menjadi godkatak gara gara salah pai dan kian terdesak. Jadi padan muka jentera Warisan yang sikit sikit kalau mengomen di medsos sering menggunakan emoji 🐸. Sekarang siapa yang katak?

Ini apa β›΅ 🐸?

2 thoughts on “Warisan Berevolusi Menjadi Parti Katak

Add yours

  1. Ohhhh.. aku rase pelik ttg mereka nie.. lagi terpelik apabila ‘Bersatu@PPBM.. tak bagi wujud parti disana alasannya sudah janji Tok Det.. namun terlerai juga segala yg kusut banget apabila yg di tenung jadi kenyataan.. rasanya akan terjadi kluster covid siMukriz terjangkit ke Shafie Afdal.. kenapa ex pemimpin Umno nie seperti kawan kawan Umno nya juga.. mujurlah GPS tu bijak sikit..sungguh selama di alam PH.. asyik marah marah ja si AbgJo pada ‘Putrajaya’ ..inilah akibat penangan PRU14..the last few choice..mahu sisipkan utk yg baik baik benar peduli tahu menjaga negara malaysia serta legasi krjn persekutuan hingga akhir dunia.. paling rugi apabila yg lebih bermanfaat utk mereka (Warisan Sabah) diketepikan seolah ‘Bersatu@PPBM.. tiada nilai hanya ‘org org Umno yg warisan tak suka’ itu mereka punya pasal lah.. yg rugi ‘Warisan Sabah..lebih selera makan sama Dap.. PKR serta Amanah.. tag PH.. yg berkali kata buang ja.. itu sudah suweey Ooooo.. πŸ˜†

    Liked by 1 person

Tinggalkan Jawapan kepada Annaariff1972 πŸŒΊπŸ˜€πŸπŸπŸ Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: