Nah sekarang terbukti sudah kan yang kenyataan admin sebelum ini bahawa parti Warisan hanyalah “memperalatkan” kerabat Bajau Suluk dan Bugis demi memastikan kemenangan mereka di pilihan raya lepas ada kebenarannya.
Banyak artikel yang admin tulis sebelum ini yang boleh menjelaskan maksud di atas.
Semakin kuat desakan Shafie supaya PATI dihantar pulang
Federal putihkan PATI segelintir UMNO dan Warisan jangan hipokrit
(dan beberapa lagi tulisan dalam blog ini yang dapat membuktikannya)
Selain rakaman ucapan dalam bentuk video yang tular sebelum ini.
Ambil contoh ketika pemimpin Warisan yang berbangsa KDMR berucap di kawasan mereka, mereka akan kata ini Sabah kita punya. Sebaliknya bila pemimpin Warisan berbangsa lain berucap di kawasan mereka akan berkata ini kalilah Sabah kita punya.
Rakaman ucapan jentera Warisan pada masa itu yang menjanjikan dokumen diri jika Warisan memenangi pilihan raya, juga ada.
Ucapan atau propaganda keji seperti itu telah menjana semangat jentera parti Warisan untuk berkerja lebih kuat hingga ada dikalangan mereka semacam hilang kewarasan. Namun tanpa mereka sedari, mereka sedang saling mengumpul bibit-bibit perkauman dalam diri mereka.
Justeru itulah ada yang berpendapat perkauman di negeri Sabah agak jelas sejak parti Warisan aktif sebagai parti yang menjadi pilihan.
Nasib baiklah masih ramai dikalangan masyarakat Sabah yang intelek di dalam menilai sesuatu berita dan faham apa itu sejarah yang tidak boleh dihentikan diubah dan dihapuskan. Hanya jentera atau orang-orang bodoh sombong yang cuba melawan sejarah seperti menukar jenis bangsa dan sebagainya walaupun menyedari akhirnya kebenaran akan membunuh mereka.
Bahayanya politik yang ditiupkan sentimen bangsa dan memberikan harapan yang terlalu tinggi. Apa lagi terhadap kumpulan yang percaya bahawa semua itu boleh dicapai melalui kuasa politik sedangkan pada hakikatnya tidak semudah itu.
Hari ini di sidang Parlimen, Ketua Menteri Shafie yang juga Presiden Parti Warisan bertegas bahawa jangan pernah Kerajaan Persekutuan (Perikatan Nasional) mengiktiraf dokumen Burung Burung dan Banci sebagai keterangan diri yang menyemai IMM13. Ini kerana pemegang dokumen Burung Burung dan Banci tidak diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa dan jumlahnya mencecah ratusan ribu orang berbanding pemegang IMM13 hanya sekitar 40 hingga 30 ribu orang.
Padan muka golongan terbabit iaitu mereka yang menyokong Parti Warisan sebab berharap sekiranya Parti Warisan di sokong maka nasib keluarga atau kerabat mereka akan terbela melalui pemberian keterangan diri oleh kerajaan Warisan.
Sekali lagi padan muka. Dulu admin ada jelaskan yang hal seperti itu tidak mudah untuk direalisasikan kerana kuasa eksekutif terletak dibawah kuasa kerajaan Persekutuan bukannya kerajaan Negeri tapi masih juga bersikap kepala batu. Mudah sangat termakan propaganda murahan yang disebarkan oleh besi buruk Warisan.
Sekarang apa cerita buta buta menjadi kambing hitam.
Harapan Bajau Suluk, Bugis dan lain-lain untuk mendapatkan keterangan diri melalui dokumen Banci dan Burung Burung ditongsampahkan oleh kerajaan Warisan. Titik!
Dalam pada itu Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin yang juga Setiausaha Agung Bersatu melihat isu yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Sabah itu dari konteks kemanusiaan dan jangan bersikap double standard terhadap satu-satu kumpulan “masyarakat”.
Bahawa pemegang dokumen Burung Burung dan Banci juga ada nilai manusiawi sama seperti pemegang IMM13. So tidak perlulah ada double standard.
Maksudnya bagaimana kalau ibu bapa mereka adalah pemegang IMM13 tapi anak mereka yang sudah berumur 19 tahun hanya memegang Burung-Burung dan Banci. Lalu bagaimana jalan menyelesaikannya. Sebab itu jangan double standard.
Pun begitu penelitian akan dibuat terhadap pemegang dua dokumen itu, adakah mereka benar-benar dilahirkan di Sabah atau di mana. Faktor ini akan diambil kira sebelum dokumen identiti diberikan atau diproses.
Inilah yang dilakukan sebelum ini, mereka yang tidak ada keterangan diri akan dihantar balik dan digalakkan memiliki pasport dari negara asal.
Pada Menteri Dalam Negeri Malaysia, Hamzah Zainuddin. Setiap orang adalah rakyat dunia tidak kira lah mereka berada di mana di Sabah atau di mana pun. Keadilan harus diberikan berlandaskan kedaulatan undang-undang yang sedia ada.
Dimana kewarganegaraan ditentukan oleh peraturan yang sedia ada. Iaitu Peraturan dibawah Perlembagaan Persekutuan, Peraturan Kewarganegaraan Malaysia 1964 dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung pemohon.
Malaysia ini negara berdaulat tidak akan mudah memberi kewarganegaraan dengan mudah tanpa mematuhi peraturan yang ketat dan sedia ada.
Penting kalau sudah dapat tu jadilah permastautin menyenangkan dan yang paling penting sedar diri.
Ini kenyataan peribadi penulis, apapun rakyat sabah tetap menyokong DSSA.
LikeLike
Tak kesah indentiti itu..tapi aku kesah kalau perkataan puak mereka mengatakan Sabah ini kita punya..dan seakan mengubah sejarah perjalanan negeri Sabah..bila kita ajukkan soalan tentang sejarah sebijik pun tidak tau…kita anak watan menuntut hak kita sebab ini tempat kita sejak berkurun lama..
Kalau puak mereka mau menuntut haknya sendiri..pergi balik lah di negara asal tuntut hak itu..atuk atuk kami anak watan puluhan ribu yang terkorban mempertahankan negeri Sabah..tidak pernah melarikan diri ke negara lain
Kenapa mereka tidak sanggup pertahankan tanahnya sendiri tumpah darah nenek moyangnya sendiri..
LikeLike
isu ic ni tidak tahulah mcmna.serba salah. sebab di sabah ni ramai kahwin lain2 bangsa. maksudnya mix sabahan. isu sensetif.
LikeLike
Admin memutarbelitkan fakta. Dia juga tidak faham apa perbezaan antara pemegang IMM13 dengan kad burung2 dan kad banci. IMM13 diiktiraf sebagai pelarian perang oleh UNHCR, dan diberikan kad pelarian iaitu IMM13. Mereka sepatutnya sudah balik ke negara asal bila Filipina tidak lagi berperang sesama mereka. Tapi ramai yang memilih untuk tinggal di Sabah hingga hari ini. Selepas Filipina dipastikan aman, tiada sudah IMM13 dikeluarkan.
Grup kedua datang tanpa sebarang pengenalan dalam keadaan Filipina tidak lagi bergolak, mereka inilah yang dipanggil PTI. Kini mereka ada pengenalan yg dipanggil kad burung2 dan kad banci yang dikatakan berjumlah 136K orang. Kad2 yang diberikan diluluskan diberikan oleh Ketua Menteri sebagai pengerusi MKN, dan bukan oleh JIM.
Cadangan KL mahu berikan kesemua mereka 136K IMM13, untuk apa? Ketua Menteri Sabah jelaskan bahawa mereka TIDAK boleh ditukar status jadi pelarian perang dan diberikan IMM13. Dan bukan sekadar 136K sahaja, kesemua anak2 dan cucu2 mereka juga patut diberikan IMM13. Cadangan KDN cuba mengiktiraf anak2 mereka yang lahir di Sabah bentuk pengenalan yang boleh menjurus kepada pemberian surat lahir dan akhirnya MyKad dan berlandaskan Warga Dunia yang berhak dapat kerakyatan Malaysia.
Saya fikir KDN harini punya keputusan tidak sama dengan KDN sebelum ini yg sekarangni PM Malaysia, menyatakan kita mungkin berikan PSS dan belum tentu mereka boleh jadi WNM walaupun mereka berada di Sabah lebih 50 tahun. Tapi KDN harini berpendapat bahawa kerana memegang IMM13, mereka dan anak2 akhirnya diberi WNM berpandukan kepada undang2 Malaysia, dan kerana mereka juga berhak atas sebab mereka adalah warga dunia yg telah lama tinggal di Sabah. Akhirnya betullah perancangan DDJK mengenai kedudukan mereka yang ada IMM13. KDN akur kepada nasihat DDJK.
Blogger ini tidak lain dari seorang PEMBATU API. Dalam ucapan DSSA dia tidak sebut bangsa seperti Suluk atau Bugis. DSSA sebut pemegang IMM13 dan pemegang kad burung2 dan kad banci. Dia x sebut bangsa seperti Suluk atau Bugis.
LikeLike
Hantar saja plg d negara durg bah..mau tggl d sabah bkin apa?bkin semak btl…huhh..suhh…
LikeLike
Aku sokong. Hantar pulang negara Asal mereka. Lama2 jadi keras kepala.
LikeLike
Isu sensitif terhadap masyarakat dan berharap ada penyelesaian yang tidak menyinggung perasaan penduduk yang mempunyai kad pengenalan yang sah. Masalah sosial PATI juga mewujudkan perasaan yang kurang selesa di kalangan rakyat. Contohnya, apa yang kita nampak seharian di kota Kinabalu.
LikeLike
inilah blogger yang melaga laga kan bangsa majmuk disabah. binatang peliharaan ba ini
LikeLike
Saya penduduk tempatan Sabah setuju dengan apa yang dikatakan DSSA..
Kami orang Sabah tidak setuju pemegang kad burung2 dan banci di berikan indentiti kad..mereka mesti balik negara asal mereka..dan mereka bukanya pengundi pun..Kalau kerajaan pusat nak kan mereka bolehlah bawa mereka ramai2 masuk semenanjung..
LikeLike
saya suka ini Menteri KDN di bawah kerajaan PN. dia tau apa makna “negara berdaulat”
LikeLiked by 1 person
Negara berdaulat dengan memberikan access penuh kepada illegal immigrant (exclude the original imm13 holders) … ya i trust that
LikeLike
Hahaha. Kenapa pakai nama admin tu.
LikeLike