Kuat Mengkritik Bersatu (PN) Bila Dikritik Melenting, Hodohnya

Baru-baru ini Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff mengkritik keberadaan UMNO di Sabah sebagai tidak lagi mendapat tempat di hati masyarakat Sabah itu sendiri.

(Walaubagaimanapun beliau telah memohon maaf pada kepimpinan dan ahli UMNO yang ada di seluruh Malaysia)

Rentetan itu ia telah mencetuskan kemarahan di kalangan pemimpin dan penyokong UMNO.

Sedangkan kritikan Menteri berkenaan ada kebenarannya dan boleh dibuktikan

Kita ambil pembuktian ini. Sejak UMNO di Sabah menjadi pembangkang sudah berapa ramai ahli Warisan, PBS, PBRS dan STAR yang telah menyertai UMNO?

(Kita belum lagi bercakap soal kekuatan UMNO Sabah iaitu siapa yang mengetuai gerakan UMNO peringkat akar umbi dan pertengahan yang nampaknya sehingga hari ini belum kelihatan. Maksud admin ialah pemimpin atau ketua kecil yang berpengaruh dan mewakili jenis bangsa dan agama yang ada di Sabah)

Sedangkan yang dialami oleh Bersatu Sabah adalah sebaliknya. Ramai ahli dari parti Warisan dan pengundi atas pagar yang berpusu-pusu menyokong parti ini. Justeru tidak salahlah kalau Menteri Luar Bandar menggambarkan UMNO Sabah semakin ditolak oleh masyarakat Sabah.

Hakikatnya yang memulakan perbezaan kecil ini ialah pemimpin UMNO Datuk Puad Zarkashi. Pemimpin ini suka melemparkan kenyataan atau kritikan yang tidak menunjukkan rasa hormat terhadap kawan seperjuangan.

Habis itu kenapa pula berlagak marah bila ada pihak yang mempersoalkan kemampuan UMNO di negeri Sabah. Sedangkan itulah kebenarannya.

Di bawah adalah link sekaligus bukti kritikan beliau terhadap Perikatan Nasional atau PPBM.

Siap dia kata lagi maka tidak ada sebab Kabinet Muhyiddin tidak boleh dikritik dan ditegur kerana ia dibentuk berasaskan kuasa penuh seorang Perdana Menteri.

Nampak benarlah Puad Zarkashi ni semahunya menafikan kekuatan Perikatan Nasional yang diketuai oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Puad Zarkashi mempersoalkan kedudukan Hisammuddin dan KJ yang dilantik dalam kabinet walaupun tidak ada jawatan dalam parti begitu juga dengan Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Kanan walaupun dilanda kontroversi. (Kenyataan ini dikeluarkan oleh Puad Zarkashi)

Tapi bila ada rakan di dalam PN yang mengkritik UMNO wah bukan main lagi seolah-olah tidak pernah mengkritik kawan sendiri.

Justeru jangan suka mengkritik Bersatu atau PPBM sebab kan sudah duduk dibawah satu bumbung bersama UMNO yang sepatutnya digasak setiap hari adalah PH.

Pemimpin utama UMNO harus sedar jangan sengaja membuka api permusuhan kerana api itu akan ditiup kencang oleh penyokong penyokong UMNO yang sengaja membelakangkan akal mereka. Bayangkan yang kalah teruk di pilihanraya yang lepas pun hari ini bercakap bukan main nampak sangat cuba menutup kegagalan mereka dengan menyalahkan orang lain. Macamlah rakyat Malaysia ni buta huruf tahu apa yang berlaku. He!

Cuba bayangkan andai kritikan seumpama itu dilemparkan oleh pemimpin dari parti tempatan Sabah Sarawak, MCA dan MIC apa agaknya yang akan berlaku. Pasti parti parti ini akan dikritik habis-habisan sebagai tidak mengenang budi dan perkauman. Walhal kalau diperhalusi memang layak pun dikritik sebab mana ada parti di dunia ini yang kalah di pilihanraya tapi terlibat membentuk kerajaan selain UMNO.

Maka adalah lebih baik UMNO ataupun Puad Zarkashi dan yang lain mendiamkan diri daripada sibuk mencari kekurangan kawan.

Jangan lupa pada pilihanraya yang lepas UMNO adalah sebuah organisasi yang cukup besar dan berjasa tetapi berjaya ditumbangkan oleh parti yang baru berumur setahun jagung. Justeru keegoan dan kekuatan apa yang mahu dipertahankan oleh Puad Zarkashi?

Politik hari ini adalah soal apa yang anda akan lakukan dimasa hadapan bukannya sibuk mengungkit apa yang telah dilakukan. Pun begitu ada satu hal yang akan sentiasa dilihat dari setiap sudut dan masa iaitu penyalahgunaan kuasa dan melepaskan tanggungjawab hingga orang naik marah.

2 thoughts on “Kuat Mengkritik Bersatu (PN) Bila Dikritik Melenting, Hodohnya

Add yours

  1. Kritikan ini hanya menegak benang basah, jika benar ppbm dapat sokongan rakyat! Kenapa buat kerjasama membentuk pn? X lain x bukan hanya memperguna mn untuk membolot kuasa. Jika ppbm yakin disukai rakyat silakan bubar parlimen untuk beri laluan pru15, biar rakyat tentukan parti mana pilihan menerajui negara.

    Like

    1. Bolehkah UMNO bangkit tanpa populariti perikatan Nasional. Rasanya tidak akan mampu.

      UMNO merasa balik disokong oleh rakyat hanya selepas bekerjasama dengan PAS. Ironinya PAS awal-awal lagi telah menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

      Like

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑