Hajiji Terima 1000 Borang Permohonan Ahli Bersatu

Sudah dinyatakan dengan jelas dan berulang kali bahawa Bersatu atau PPBM Sabah telahpun berjaya memenangi hati masyarakat Sabah yang ada di semua lapisan tanpa mengira bangsa dan agama.

Apa lagi Perikatan Nasional (PN) Sabah terdiri daripada tiga kompenan parti tempatan Sabah STAR, PBS dan PBRS dimana kumpulan ini telah memangkinkan lagi keyakinan rakyat Sabah untuk menyokong PN yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden PPBM dan Datuk Hajiji Noor sebagai ketua PPBM di peringkat negeri Sabah.


Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (tiga dari kanan) menerima 1000 borang permohonan menjadi ahli BERSATU daripada Pengerusi Pertubuhan Kinabalu Bersatu Malaysia (PKBM), Encik Adzmi KK Juatan (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Naib Presiden BERSATU, Datuk Abdul Rashid Asari (dua dari kanan), Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (tiga dari kiri) dan Bendahari BERSATU Negeri, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif (kanan) di bilik mesyuarat Pejabat BERSATU Sabah di Alamesra, Kota Kinabalu, hari ini.

Borang itu terdiri daripada para pemohon daripada bahagian Keningau, Pensiangan dan Tenom yang dikumpul oleh PKBM.

Terdahulu Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mempengerusikan Mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Sabah.

1 komen

  1. Cuma bekas fail umno yang dibawa masuk ppbm, jika benar ppbm kuat dan jadi pilihan utama sila buat cadangan untuk bubarkan parlimen dan letak calun ppbm disemua 222 kawasan parlimen dan semua kawasan dun seluruh negara.

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada Bulud Opie Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.