Kali Kedua Ahli Warisan Parlimen Libaran Bertindak Keluar Parti

Benar-benar parti Warisan ibarat tongkang yang pecah, tinggal menunggu masa untuk bersemadi di lautan dalam.

Sampai admin pun boleh lupa sudah berapa agaknya Ketua Cawangan dan ahli mereka yang meninggalkan parti Warisan iaitu sejak dimulakan oleh Wirawati Sepanggar tempoh hari.

Lebih 5 ribu orang kot. He!

Pelik juga ya satu parti yang sedang berkuasa di peringkat kerajaan negeri dan Presidennya dinamakan sebagai bakal calon Perdana Menteri oleh pihak yang tidak ada kapasiti. Tapi boleh lagi ahlinya meninggalkan parti, mesti ada yang tidak kena ni.

Mahu tidak, kerabat dan kroni wakil rakyat Warisan saja yang ada peningkatan hidup sedangkan ahli dan masyarakat yang menyokong di peringkat pertengahan dan akar umbi, ibarat hidup segan mati tak mahu, terutamanya di pantai barat itu.

Sudahlah tidak putus-putus tersebar kenyataan rasmi SPRM sedang mencari individu individu yang ada kaitannya dengan kepimpinan Parti Warisan.

Sebentar tadi berlaku di Parlimen Libaran Sandakan, ini adalah kali yang kedua.

Ketua Cawangan Kampung Sri Ujung 2 saudara Nolokman Tamal mengisytiharkan diri mereka keluar meninggalkan Parti Warisan.

Tahniahlah diucapkan, akhirnya cerdik memilih mana Intan mana Kaca. Ini menunjukkan propaganda yang disebarkan oleh cybertroper Warisan tidak lagi mendapat kepercayaan dari ahli parti itu sendiri.

Keputusan yang oleh Ketua Cawangan itu adalah atas kerelaan mereka sendiri tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak.

Justeru tegasnya mereka selepas ini akan menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia dan Tan Sri Musa Aman sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga Sandakan.

Jumlah ahli Parti Warisan yang keluar kali ini seramai 1320 orang melibatkan 11 Cawangan dari Dun Sibuga manakala 70 lagi daripada Cawangan Dun Gum-Gum Sandakan.

Tapi percayalah esok atau lusa akan tu ada sekumpulan ahli cawangan entah dari mana membuat sidang media bagi menafikan peristiwa yang bersejarah itu.

Cakap saja pada mereka iyalah tu. He!

Sehingga hari ini saja sudah lebih 2000 ahli Warisan di daerah Sandakan meninggalkan parti Warisan.

3 Comments

  1. Jika anda keluar parti dengan niat mahu memperjuangkan nasib rakyat dikawasan anda… , silakan, anda dapat ganjaran pahala dari Tuhan. Tapi kalau anda keluar parti dengan niat mahu mengejar kedudukan, keistimewaan anda sendiri.. anda kena hati-hati kerana hukum KARMA sentiasa menunggu anda.
    SEKIAN.

    Like

    Reply

Leave a Reply to Kali Ketiga Sandakan Dilanda Epidemik Warisan | JalinLuin.com Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.