Kalau Anwar Tidak Layak Lagilah Shafie – Jawatan Perdana Menteri

Benarkah jawatan Perdana Menteri hanya untuk parti yang bertunjangkan bangsa Melayu?

Kamu dengarkan rakaman temubual ini dan kamu akan tahu jawapannya. Jawapan Tun ketika ditanya kenapa jawatan Perdana Menteri tidak diserahkan pada Anwar Ibrahim walaupun telah dipersetujui sebelum itu.

Tun jawab sebab jawatan Perdana Menteri, khas untuk bangsa Melayu dan PKR itu sendiri bukannya parti Melayu tapi multiracial.

Tapi bagaimana pula dengan Presiden parti Warisan, Shafie yang Tun namakan sebagai calon Perdana Menteri adakah dia berbangsa Melayu dan adakah Parti Warisan itu bertunjangkan bangsa Melayu di Sabah.

Hakikatnya parti Warisan di Sabah dianggota oleh pelbagai etnik dan bangsa dan sudah tentu mereka bukan Melayu seperti yang ada di Semenanjung.

Namun Warisan tidak berjaya memartabatkan kepelbagaian bangsa dan etnik itu sebaliknya hanya menjadikan mereka bahan politik yang dimainkan oleh kedua belah pihak, parti Warisan dan lawannya di Sabah.

Parti Warisan melalui slogan Sabah Ubah dan Sabah for Sabahan memainkan sentimen kenegerian dan perkauman terhadap parti dan pengikut yang berasal daripada Semenanjung hingga mereka berjaya memancing kepercayaan masyarakat Sabah pada pilihan raya lepas dan sehingga hari ini jentera Warisan masih meniupkan sentimen yang sama.

Justeru dari sudut mana Presiden Warisan memenuhi syarat yang telah ditetapkan secara peribadi oleh Tun Mahathir hingga membolehkah menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia. Berbanding Presiden PKR, Anwar Ibrahim?

Peliknya Warisan yang siang dan malam memainkan sentimen kekitaan, kedaerahan, kenegerian dan adakalanya menyentuh sentimen perkauman yang sebenarnya ditujukan pada diri mereka. He!. Pula yang lebih layak berbanding PKR. 🤭

Shafie Dinamakan Sebagai Calon PM

1 komen

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: