Ini kalilah Warisan benar-benar berhadapan dengan krisis kepercayaan dari ahli-ahlinya dan sudah tentu dari masyarakat Sabah yang kecewa oleh beberapa isu yang tular sebelum ini.
Sebelum ini yang diketuai oleh Ketua Wirawati Sepanggar, Raisa Abdul Ghafur bersama ahli jawatankuasa dan beberapa Ketua Cawangan di Parlimen Sepanggar telah nekad, tidak lagi menyokong Parti Warisan selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Sepanggar Azis Jamman dan kepimpinan negeri secara keseluruhannya. Akibat gagal menjaga kebajikan mereka dan masyarakat di Parlimen Sepanggar umumnya.
Baca link ini Ketua Wirawati Sepanggar Keluar Parti
Hari ini ketua Cawangan Parti Warisan, Azman Moong dari Kampung Terusan Baru Pulau Timbang Sandakan bersama ahlinya seramai 200 orang telah meninggalkan Parti itu kerana tidak lagi percaya pada kepimpinan Presiden Warisan, Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah.
Bukan hanya parti Warisan tapi kali ini melibatkan parti nyamuk dari Semenanjung iaitu Parti Amanah. Seramai 100 orang ahli parti meninggalkan Amanah yang diketuai oleh Biro Sukan Amanah Sabah, Dani Anak Ganggai. Seperti biasa dalam politik juga setelah mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Amanah sama ada diperingkat pusat mahu pun diperingkat negeri.
Anda bila lagi?
[…] https://jalinluin.com/2020/06/25/200-ahli-warisan-dan-100-amanah-sandakan-keluar-parti/ […]
LikeLike
[…] https://jalinluin.com/2020/06/25/200-ahli-warisan-dan-100-amanah-sandakan-keluar-parti/ […]
LikeLike