Tadi sedang asyik melayan anjingan seorang jentera Parti Warisan di group whatsapp. Admin terperasan ada satu artikel yang mereka sedang kerjakan secara berjemaah.
Sempat admin terbaca salah satu kenyataan mereka, kononnya kerajaan sanggup menggunakan Polis asalkan YB Masiung menyertai perikatan Nasional. Lebih kurang begitulah maksud yang tersirat.
Rupa-rupanya mereka sedang saling membodohkan diri sendiri. He!
Sebenarnya apa yang berlaku sikit pun tidak berkaitan dengan politik tapi dipolitikkan oleh pihak-pihak yang tidak tahu kedudukan yang sebenarnya selepas itu ditokok-tambah oleh jentera Warisan. Tujuannya supaya kerajaan ini nampak terdesak dan jelek di mata masyarakat. Kotoh!
YB Masiung menghubungi pihak polis kerana curiga dengan kehadiran beberapa kereta atau kenderaan yang berada di luar rumahnya.
Perkara biasa tu kadang-kadang kita nampak ada kereta luar berlegar-legar sampai tiga empat kali rupa-rupanya sedang mencari kawan mereka, siapa tahu kalau itu adalah mereka. Tetapi lain pula tanggapan jentera-jentera parti Warisan, paranoid sangat macam tidak biasa. Tidak mereka menjadi kerajaan negeri tanpa adanya wakil-wakil rakyat BN yang bersekongkol membentuk kerajaan negeri, melompatlah tu. Macam tidak biasa pula.
Sejurus pihak polis mendapat panggilan telefon mereka bergegas ke rumah wakil rakyat berkenaan. Namun pihak polis tidak menemui kenderaan yang mencurigakan itu.
Apa agaknya yang ada pada akal fikir YB Masiung pada ketika itu, ada orang jahat atau ada orang yang cuba membelinya, kalaupun ada bersyukurlah sekurang-kurangnya masih ada pihak yang peduli pada masa depan politiknya.
Helo kawan hanya ada satu jalan bagi wakil rakyat yang melompat menyertai Warisan untuk mereka mendapatkan balik kepercayaan pengundi iaitu berpatah balik menyertai Kompenan Perikatan Nasional.
Tahi mu manusia Bodoh .
LikeLike