Mantan Timbalan Menteri dalam negeri Azis Jamman mencabar Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia untuk menghantar semua PATI atau Pendatang tanpa izin yang ada di negeri Sabah.
Dalam masa yang sama dia mengakui kegagalannya menghantar atau menghalau pulang pendatang tanpa izin semasa dia berjawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Terima kasihlah sebab mengakui sentiment yang sekian lama disembunyikan dari pengetahuan masyarakat Sabah dan khususnya pendatang asing tanpa izin PATI yang selama ini berpendapat Parti Warisan mempedulikan nasib mereka.
(Boleh saja pendatang asing itu berasal dari Indonesia dan Philippines. Si Ajis mencabar agar mereka ini dihantar pulang atau dihalau ke negara asal mereka)
Tidak mengapalah itu okeylah itu.
Saya pun tertanya-tanya juga bagaimana mungkin seorang Timbalan Menteri Pelancongan di peringkat Persekutuan mampu menyahut cabaran seperti itu sedangkan kuasa Imigresen benar benar berada di tangan Kerajaan Negeri Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah.
Sebaliknya pada Parti Warisan atau kerajaan negeri Sabah tunjukkanlah, inilah masanya. Yang tuntutan autonomi, Sabah for Sabahan yang telah menjadi alat kempen Parti Warisan di pilihan raya yang lepas bukannya retorik tapi sebaliknya mudah direalisasikan. Memandangkan kuasa Imigresen tertakluk atau terkandung di dalam 20 perkara atau perjanjian Malaysia 1963.
Lucu juga ya yang mencabar sebaliknya dibogelkan dan dicabar. 🤭
Tak berani lah ini Warisan sbb itu pendatang asing yg banyak kasih menang mereka sbb anak bini mereka sudah Ada IC di Sabah.
LikeLike