Sentiasa Patuhi SOP Covid 19 – Hajiji Noor

KOTA KINABALU: Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengingatkan rakyat agar tidak mengambil ringan kepentingan penjarakan sosial, SOP keselamatan dan kesihatan yang dikuatkuasa oleh Kerajaan untuk membendung penularan COVID-19.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.10 Sulaman berkata, walaupun Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ia tidak bermaksud orang ramai kini bebas daripada SOP kesihatan dan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

“Kita mesti sentiasa ingat bahawa PKPB tidak bermaksud kita sudah bebas daripada pandemic COVID-19 dan bebas daripada SOP kesihatan, terutamanya semasa berada di tempat awam.

“Orang ramai juga tidak dibenarkan mengadakan perkumpulan atau perhimpunan awam untuk apa jua tujuan termasuk sosial, keagamaan ataupun urusan organisasi”, katanya.

Hajiji berkata demikian pada Majlis Penyerahan Topen Muka (face mask) kepada pemimpin BERSATU Bahagian Tuaran, hari ini.

Majlis itu hanya dihadiri oleh beberapa wakil pemimpin BERSATU Bahagian Tuaran bagi mematuhi SOP kesihatan.

Hajiji yang juga Ketua BERSATU Bahagian Tuaran turut mengingatkan semua ketua cawangan BERSATU bahagian itu agar mengedarkan topeng-topeng muka itu secara tulus kepada penduduk setempat dan bukan menyimpannya untuk kegunaan sendiri semata-mata.

“Kita berada di sini untuk berkhidmat kepada rakyat walaupun pergerakan kita amat terhad disebabkan PKPB, tetapi kita mesti terus buat yang terbaik untuk rakyat,” tegasnya.

Sementara itu, Hajiji juga mengingatkan rakyat agar behati-hati dalam menyebarkan informasi dan berita yang belum sahih atau tidak benar ama sekali di laman-laman media sosial.

Menurutnya, selain melanggar undang-undang, penyebaran maklumat tidak sahih juga merupakan perbuatan yang amat bahaya kerana ia akan menyebabkan ketakutan dan kekeliruan di kalangan rakyat, terutamanya berkaitan isu COVID-19.-pr/BNN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.