Peter Jangan Syok Yakin Dapat Sokongan Semua Yb

Si Peter Anthony bersungguh-sungguh dia menafikan berita hangat yang Sabah akan mengalami pertukaran kerajaan.

Alasan yang dia gunakan cukup remeh, konon itu semua hanyalah berita propaganda pembangkang yang bertujuan untuk meniup dan mengeruhkan ketenangan politik sekaligus untuk memberikan gambaran negatif kepada kerajaan negeri.

Ketenangan apa agaknya yang dia maksudkan sedangkan apa yang kita nampak adalah sebaliknya semakin hari populariti parti Warisan semakin jatuh macam bursa saham.

Katanya lagi kepimpinan negeri yang diterajui oleh Parti Warisan mendapat mandat daripada rakyat Sabah dan berada diatas landasan yang betul.

Jangan tidak sudah meniup propaganda lah Peter Anthony. Nampak sangat ketakutan dan nada kenyataan itu tidak datang dari kerajaan negeri yang benar-benar utuh atau mendapat sokongan penuh dari semua wakil rakyat.

Dalam politik, sememangnyalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak lawan adalah bersifat propaganda ini termasuklah kenyataan balas dari si Peter Anthony diatas.

Adakah dia lupa kempen Warisan pada pilihanraya yang lepas sarat dengan janji manis bulan bintang yang diolah menjadi propaganda.

Boleh klik link di bawah.

https://jalinluin.com/2017/05/10/janji-janji-warisan-untuk-orang-sabah/

Tulisan berhubung janji manis parti Warisan bukan hanya itu tapi banyak lagi.

Artikel diatas admin tulis sekitar tahun 2017 iaitu semasa melawan kempen Warisan di pilihanraya yang lepas. Pembaca nilaikan lah sendiri adakah antara manifesto sudah ditunaikan atau sehingga hari ini masih menjadi propaganda parti Warisan.

Perkara kedua yang admin ingin bidas ialah konon kerajaan warisan disokong penuh oleh semua wakil-wakil rakyat termasuk bekas wakil BN yang sama-sama membentuk kerajaan negeri. Betul ke tidak, begitu tinggi keyakinan si Peter Anthony ya.

Sehingga saat ini baru seorang dari bekas wakil rakyat BN yang menyertai pakatan Warisan diberikan kedudukan sebagai Menteri yang lain setakat hadir untuk mencukupkan korum.

Begitu juga halnya dengan wakil rakyat BN yang menyertai Warisan selepas kerajaan negeri dibentuk, mereka ini hanya mendapat sedikit habuan dalam bentuk projek kampung kampung, belum dapat memuaskan hati mereka. Sebab itulah pada sesi penggal kedua sidang dewan Undangan Negeri, salah seorang bekas wakil rakyat BN kini Warisan. Menyuarakan bahawa peruntukan mesti diberikan sama rata kepada wakil rakyat kerana tanpa kewangan yang cukup susah bagi mereka mempertahankan kemenangan. Kalau mereka kalah maka Warisan tidak lagi menjadi kerajaan.

Ertinya mereka tidak berpuas hati pada kepimpinan Shafie jadi jangan terkejut beruk andai mereka bertindak meninggalkan parti Warisan.

Pergolakan dalaman parti PKR yang melibatkan Azmin Ali telah menular hingga ke Sabah menyebabkan Cabang PKR di Kota Merudu seolah-olah tinggal nama bila mana majoriti ahli PKR di daerah itu mengisytiharkan diri mereka keluar parti. Ini sudah tentu telah menjejaskan sokongan wakil rakyat PKR terhadap Warisan atau kerajaan negeri.

Jadi pada Peter Anthony kurangkan keyakinan tu. Jangan lupa kamu tu bukannya parti yang diberikan mandat oleh rakyat. Tetapi sebahagian mandat yang kamu terima datang dari mantan wakil rakyat BN yang bersekongkol membentuk kerajaan negeri.

Admin masih ingat lagi kenyataan dari seorang wakil rakyat BN bahawa dia berdiri teguh bersama Tan Sri Musa Aman yang baru mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri. Tapi tau tau dalam diam melompat menyertai Parti Warisan.

One Comment

  1. Mau sangat menjatuhkan warisan, kenapa? Cukup2 la berpolitik, tunggu saja sampai masa PRU15. Semua parti pun janji itu ini boleh, sama juga macam si penulis ni, dia bercakap seolah-olah dia saja yang bagus dan boleh menepati janji. Tapi belum tau la mungkin sendiri lebih teruk lagi dari warisan

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.