Jangan Rahsiakan Kawasan Yang Ada Covid 19

Gambar Hiasan (Covid 19 Italy)

Pada pihak yang berwajib negeri tolong jangan sembunyikan maklumat yang ada kaitannya dengan wabak Covid 19.

Seperti contoh pada satu atau dua hari yang lepas admin mendapat khabar bahawa sejak beberapa hari yang lalu lagi sekolah agama itu telah dikuarantin kerana disyaki ada ancaman Covid 19 dan sehingga hari ini  tenaga pengajar sekolah berkenaan serta ahli keluarga tidak dibenarkan keluar dari kawasan mereka.

Pada kejadian lain  seorang askar dari kampung tertentu telah dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Admin juga dikhabarkan yang dua lelaki telah kejarkan ke hospital kerana dipercayai terkena jangkitan Covid 19. Mangsa itu tinggal di kampung yang tidak perlulah sebutkan di sini.

Tidak ada gunanya kerajaan menguatkuasakan pergerakan terkawal kalau masyarakat itu sendiri tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Semestinya setiap perkembangan berkaitan virus ini wajar diketahui oleh masyarakat setempat. Supaya mereka lebih berhati-hati ketika terpaksa melalui kawasan yang telah dicemari Covid 19.

Admin pun hairan kenapa ancaman yang sebegitu besar disembunyikan daripada pengetahuan umum. Kita sudah berada dalam tahun 2020 takkan sikap kepura-puraan terus menjadi modal politik. Apa gunanya pentadbiran kalau hanya nampak cantik dari luar tapi dalamannya sarat dengan pelbagai masalah atau penyakit masyarakat

Pada mereka yang ingin mendapatkan kepastian atau ingin memastikan kebenaran syak wasangka ini. Tolong berhubung dengan pihak hospital yang ada di daerah anda.

Admin hanyalah menyampaikan maklumat secara horizontal, moga-moga selepas ini tidak lagi admin dipertanggungjawabkan di kemudian hari kerana menyembunyikan berita yang ada kaitannya dengan masa depan dan keselamatan masyarakat.

Sengaja admin tidak menyatakan berita ini secara detail kerna risau juga kalau kalau perkhabaran yang admin terima ini hanyalah hoax untuk memburukkan pemerintah.

Tapi dalam masa yang sama kita juga tidak boleh menolak mentah-mentah berita yang ada kaitannya dengan keselamatan diri dan ahli keluarga kita. Sebab itulah kerajaan memperkenalkan peraturan pergerakan terkawal sebab mereka pun tidak tahu dimana Covid 9 itu berada. Apa lagi perintah pergerakan terkawal kini dilanjutkan sehingga 14hb April 2020.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.