Rahman Kecewa Mempolitikkan JPPS Yang Menguntungkan Sabahan

Apa lagi yang cuba dirosakkan oleh Rahman Dahlan tu.

Niat untuk merosakkan Perikatan Nasional Sabah dari dalam pula kah?

Rahman Dahlan hanya pandai merosakkan parti yang menaunginya kah?

Rahman sebelum dia berlagak kekitaan dalam politik, jangan dia lupa. Siapa yang merosakkan UMNO di Sabah. Nasib baik calon BN Sabah pada PRU yang lepas cukup mampan mempertahankan kemenangan dan mencapai kemenangan. Kecuali Rahman Dahlan sendiri yang tersungkur ditangan anak buah Shafie Apdal yang dia pecat daripada UMNO.

Rahman Dahlan adalah individu yang bertanggungjawab mencadangkan pada Presiden UMNO Najib Razak pada ketika itu agar memecat Shafie Apdal daripada UMNO. Bermula daripada itu UMNO mulai bergolak.

Hari ini sekali lagi dia cuba merosakkan UMNO dan PPBM dari konteks Perikatan Nasional dengan secara langsung menyokong Warisan yang menolak JPPS.

Dia tidak perhatikan bagaimana sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang berjawatan menteri diatas sana, adakah mereka meroyan. Sebaliknya tekun menjalankan tanggungjawab mereka baik kepada negara mahupun menjaga perikatan Nasional yang terdiri daripada PPBM, UMNO dan PAS

Kenyataan yang tercatat di akaun Facebook Rahman Dahlan pagi ini.

Dia kata pemansuhan JPPS semasa BN menjadi kerajaan negeri Sabah dahulu adalah berpaksikan kepada tuntutan bahawa perancangan pengurusan mesti di bawah bidang kuasa negeri Sabah. Justeru memperkenalkan semula JPPS adalah hal yang kononnya tidak tepat kerana akan menafikan hak hak Sabah atau autonomi Sabah.

Benar sangat kah kenyataan loser ni?

Sebelum admin kritikal terhadap kenyataannya itu, suka admin memberikan klue, kenapa dia tidak melihat atau merujuk secara detail sejarah awal penubuhan  JPPS pada tahun 1991 di Sabah hingga ia dimansuhkan pada tahun 2008. Sebab di sana ada jawapannya

Kritikalnya begini. Pada ketika JPPS dalam proses dibubarkan di negeri Sabah kerana Sabah sudah bertukar status menjadi pro Federal atau kerajaan Barisan Nasional.

(Hal yang sama juga akan dilakukan bila nanti Sabah hari ini menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan, JPPS akan dimansuhkan)

Perdana Menteri Malaysia Datuk Ahmad Badawi pada masa itu sempat menjelaskan sebelum JPPS dibubarkan secara rasminya bahawa adalah merupakan persepsi yang salah bilamana ada yang mendakwa JPPS mengawal secara langsung pembangunan yang  dijalankan di Sabah. Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya seperti contoh sekiranya ada peruntukan dari Kementerian Kesihatan Pusat maka ia akan diberikan atau disalurkan kepada kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan negeri.

Senang cerita JPPS hanyalah kluster atau instrumen bertepatan dengan apa yang di tegaskan oleh PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor. Semasa menyatakan cadangannya berhubung JPPS itu sendiri. 

Itu bererti hasrat PPBM untuk mewujudkan JPPS langsung tidak bertentangan dengan pentadbiran kerajaan negeri apa lagi dari aspek hak hak Sabah. Malah sebenarnya memangkinkan lagi pembangunan di negeri Sabah sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan Sabah.

Apa hal dengan Rahman Dahlan ni  tiba-tiba telengong ni. Sebab tidak ditawarkan jawatan oleh perikatan nasional kah. Walaupun telah diusahakan oleh pengikut-pengikutnya.

Habis itu Bung Moktar dan Aliman yang ada kerusi Parlimen tu kau mahu buang ke mana.

Sabarlah Rahman Dahlan atau UMNO Sabah kita perkasakan dulu kerajaan negeri, mencerahkan kehidupan masyarakat Sabah dengan membuka peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan dan memantapkan pembangunan prasarana yang akan dijalankan oleh JPPS. Makanya kamu kena sokong lah, bukannya egosentrik.

Justeru itu wahai Rahman Dahlan tidak timbul retorikamu yang terkandung dalam posting sama, kononnya JPPS akan merosakkan autonomi Sabah kerana JPPS yang bersifat jangka pendek.

Sebaliknya Rahman tidak boleh berpura-pura takut sebab sememangnya JPPS bersifat jangka pendek lah dan bukan bersifat jangka panjang. Terbalik pula. Alahai

Admin cakap telengong sebab seteru UMNO di Sabah ialah parti Warisan yang awal awal lagi menolak JPPS. Tapi disokong pula oleh Rahman Dahlan selaku pemimpin UMNO Sabah.

Kesimpulannya adanya JPPS akan memangkinkan lagi kemajuan negeri Sabah khususnya dari aspek pembangunan prasarana selain sudah tentu akan menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. JPPS tidak akan sama sekali merosakkan separa autonomi yang dimiliki sejak zaman kerajaan BN. Jangan silap Warisan belum lagi berjaya menuntut sebarang perkara yang terkandung dalam perjanjian MA63, ada sebelum ini tetapi gagal.

Rahman Dahlan ni main di 2 kolam kah?

3 thoughts on “Rahman Kecewa Mempolitikkan JPPS Yang Menguntungkan Sabahan

Add yours

  1. Helo admin paling bahlol..paling bodoh ..harap keturunan kau nda la sebodoh kau jalin luin. Dimasa sabah mahu meminimumkan campurtangan direk oleh putrajaya..kau pula dengan segala akal bodoh pak pandir kau menyokong kebodohan hajiji ??? Akal kamu sudah jadi taik ka? Harap kamu semua belajar memahami kehendak rakyat sabah sebelum kamu ini di permalukan!!!! Bodoh kau nda abis abis wahai jalin luin

    Like

    1. Kamu sibuk ni sebab kau sudah makan dedak Warisan. Bagaimana pula dengan penyokong Warisan yang lain. Hidup segan mati tak mau tu. Kau suruh mereka makan perjanjian 1963 tu kah. Cukup cukuplah Warisan memperalatkan orang tempatan Sabah.

      Kamu ini terlalu mementingkan diri. Kau ingat kemenangan Warisan itu hari kerana agenda kononnya autonomi tu kah. Minta maaflah.

      Itu hari orang mengundi Warisan hanya kerana orang terpengaruh untuk menolak Najib Razak.

      Like

Tinggalkan Jawapan kepada critical Batal balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑