PH Punca Perikatan Nasional Terbentuk – Tun M

Gambar Hiasan

Menurut portal Harakahdaily ada satu pengakuan dari Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung terbentuknya kerajaan baru yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hal atau pengakuan itu di didedahkan oleh Tun semasa berucap di majlis kenduri rakyat sempena perkahwinan anak Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir di Dewan Wawasan Jitra. Bahawa Tun dalam ucapannya.

Terbentuknya kerajaan baru atau Perikatan Nasional yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah rentetan tindakan Pakatan Harapan mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana semasa krisis menentukan jawatan Perdana Menteri Malaysia ditentukan. Pakatan Harapan telah mencalonkan dua individu yang menjadi calon mereka iaitu Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir sendiri. Tetapi kerana Anwar tidak mendapat majoriti begitu juga dengan Tun menyebabkan jawatan Perdana Menteri tidak dapat ditentukan atau Tun gagal dipertahankan.

Maksudnya apa. Maksudnya Bersatu tidak akan kekal bersama Pakatan Harapan ini kerana Tun sendiri tidak mendapat kepercayaan daripada kalangan mereka.

Semalam ada satu kenyataan yang tersebar semasa mesyuarat diadakan di antara Ketua Bahagian dan AJK bersama PM Muhyiddin.

Dimana PM Muhyiddin memaklumkan dalam mesyuarat itu bahawa beliau telah menghantar surat kepada Tun.

Surat itu mengandungi 3 perkara. Pertama mendoakan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad kedua memohon maaf andai apa yang berlaku membuat Tun berkecil hati dan yang ketiga ingin bertemu secara bersemuka dengan Tun Dr Mahathir.

Selain itu kalau ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mendakwa kononnya Yb Yb Bersatu tidak bersuara atau mendiamkan diri keatas beberapa isu. Nah inilah sebabnya mereka sedang bermusyawarah mencari penyelesaian melalui jalan diplomasi lagi bijaksana.

Bukannya membuat kenyataan secara semberono asal berbunyi hingga menjejaskan usaha-usaha yang telah difikirkan untuk kebaikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.