Tidak pasti pula bila rakaman ini disiarkan. Adakah ini video lama yang sengaja diviralkan? Mungkin tidak!
Apa pun itu bukan isunya yang admin cuba bangkitkan sekarang ialah intipati rakaman atau pendedahan ini.
Sekaligus menyahut seruan yang di-pertuan agong agar rakyat Malaysia turut terlibat membenteras penyebaran Coronavirus.

Jururawat ini mendedahkan situasi semasa dia/mereka berhadapan dengan seorang pembawa Coronavirus yang tidak berterus terang. Walaupun pihak hospital atau klinik mendapati individu itu ada simptom jangkitan Coronavirus.
(Pelik pesakit itu, dia datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi menyembunyikan sejarah perjalanannya) Tolol!
Awalnya pesakit itu enggan bekerjasama tapi akhirnya mengaku yang dia baru dua hari tiba dari negara Korea.
Justeru itu jururawat ini mengingatkan orang ramai atau pesakit agar jangan menyembunyikan sebarang maklumat yang ada kaitannya dengan jangkitan Coronavirus yang mungkin dihidapi. Nanti hanya memudaratkan orang lain, kesian mereka yang sentiasa berwaspada tapi tidak semena-mena mendapat jangkitan Coronavirus.
Okey habis di situ tiba pula pada giliran kerajaan negeri yang wajar dipertanggungjawabkan dan dipersoalkan.
Menjadi persoalan kenapa kerajaan negeri Sabah tidak membuat kenyataan rasmi berhubung tahap serangan Coronavirus dari semasa ke semasa.
Sebab itulah kalau kita perhatikan di Sabah ini majoriti orang ramai tidak memakai topeng mulut atau keselamatan kerana mungkin beranggapan keadaan terkawal dan selamat, tidak ada ancaman Coronavirus.
Apakah situasi yang terkawal dan selamat pada anggapan masyarakat itu benar dan mendapat jaminan dari kerajaan negeri. Justeru pihak kerajaan negeri tidak perlu mewarwarkan dari semasa ke semasa perkembangan penyakit ini?
Mana Menteri kesihatan negeri ni. Bodek saja kuat kah. Alahai!