Koperal Asman Ongkal Belum Ditemui (Tragedi Bot Karam Sandakan)

Mari kita berdoa semoga anggota keselamatan dari Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA), Koperal Asman Ongkal, 40 berjaya ditemui.

Atas semangat sebagai anggota keselamatan Koperal Asman Ongkal berjaya menyelamatkan seramai 27 pelajar serta 9 orang awam, sebelum dirinya dipercayai hilang di tempat kejadian, berhampiran Jeti Umum Sandakan.

Kemalangan atau perlanggaran berlaku sekitar jam 5 pagi di antara bot penumpang yang membawa Koperal Asman dan anaknya bersama 35 lagi penumpang yang lain terdiri dari orang dewasa dan murid sekolah dari Kampung Pulau Tanjung Aru menuju ke Jeti Umum.

14 mangsa dikejarkan ke hospital Duchess of Kent Sandakan untuk menerima rawatan. Tiga daripada mereka dilaporkan kritikal termasuk pemandu bot.

Dikhabarkan misi mencari Koperal Asman diteruskan pagi ini. Jesteru itu mari kita berdoa semoga hero ini berjaya ditemui.

Kita juga doakan semoga semua ahli keluarganya berada dalam keadaan sihat dan diberikan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.