Samseng Baju Hitam Serang Syed Saddiq Didakwa Di Mahkamah

Masih ingat lagi tak cerita sekumpulan jentera atau penyokong UMNO yang membuat kekecohan di majlis yang dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram pada 31hb January yang lalu?

Kejadian itu telah mencetuskan persepsi sekaligus perdebatandi di antara pihak penyokong UMNO dan sudah tentu penyokong PPBM.

Sejurus kejadian itu Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah mendakwa bahawa kekecohan itu dilakukan oleh penyokong UMNO yang memakai baju hitam.

Jentera PPBM juga menulis bahawa kumpulan berbaju hitam yang membuat kekecohan itu terdiri daripada penyokong UMNO, ini berdasarkan gambar yang berjaya ditangkap semasa kejadian.

Walaupun gambar atau artikel yang diviralkan agak sedikit cacat kerana gambar dari print screen yang dimuatkan dalam artikel tidak sama atau bukan lelaki sebenar dari kumpulan berbaju hitam. Namun pada realitinya individu dari kumpulan baju hitam itu sememangnya adalah penyokong UMNO yang sengaja membuat kekecohan.

Dek kerana kesilapan kecil itu jentera UMNO, mendakwa kononnya kerajaan telah menfitnah UMNO, oleh itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia berjanji akan mengheret Menteri Belia dan Sukan Malaysia ke mahkamah kerana kononnya telah membuat tuduhan palsu yang bertujuan untuk merosakkan imej UMNO.

Tapi sehingga hari ini tidak ada surat saman yang diterima oleh pemerintah atau menteri di kementerian Sukan Malaysia.

Sebaliknya hari ini portal rasmi tempatan melaporkan empat lelaki telah dituduh di Mahkamah majistret Johor atas tuduhan menyerang Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq.

Siapakah mereka, ahh mereka-mereka itu terdiri dari
pengimpal bengkel, Norhanizam Itnain, 38; peniaga, Mohd Iskandar Masindra Rasidi, 37; pekerja kedai serbaneka, Mohd Iskandar Afiq Abd Razak, 26; dan peniaga pakaian terpakai, Ezzul Emran Abdul Rahim, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zaki Abd Rahman.

Nampaknya kekantoian, hipokrasi dan kesamsengan
UMNO terus menjadi tatapan rakyat Malaysia.