Apa Beza Kesalahan Lokman Dan Hishammuddin – Dr Puad Zarkashi

Kan sudah kita cakap perdebatan besar di antara penyokong Najib Razak dan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO tidak sahaja berlaku ketika Lokman masih berjawatan Ahli Majlis Tertinggi dan menghentam kerja kerja Presidennya.

Tapi berlarutan selepas Lokman Adam dipecat dari UMNO oleh Presiden UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi yang lain.

Polemik pemecatan Lokman Adam berterusan dan diluahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi.

Menerusi entri terkini dari salah seorang Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik Dr Puad Zarkashi. Menyatakan pendiriannya berhubung jalan penyelesaian ke atas isu disiplin yang dihadapi dua individu, Lokman Adam dan Hishammuddin Hussein.

Katanya Lokman dipecat tanpa melalui proses Lembaga Disiplin UMNO sebaliknya Hisammuddin yang telah dihadapkan ke Lembaga Disiplin boleh pula kesnya ditarik balik oleh Zahid Hamidi hingga menyebabkan pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Apandi Ali melepaskan jawatannya.

Jesteru itu Dr Puad Zarkashi mempersoalkan tahap digniti dan integriti UMNO.

Persoalan yang ditimbulkan Dr Puad Zarkashi

Pertama apa beza kesalahan Lokman dan Hisamuddin?

Kedua, kalau dua elemen integriti dan digniti tidak ada dalam parti lalu bagaimana mungkin UMNO boleh dibangkitkan.

Dr Puad Zarkashi mengingatkan Presiden UMNO, bahawa benar dia berada sebagai Ahli Majlis Tertinggi menerusi lantikan. Tetapi itu tidak akan mampu menutup mulutnya.

Sebelum ini Dr Puad Zarkashi mempersoalkan cara Lokman dipecat yang dia ibaratkan sebagai tidak bijaksana. Ini kerana Lokman dipecat sebagai ahli UMNO atas syor biro politik bukan atas syor lembaga disiplin.

Untuk nota Hishammuddin sebelum ni diberitakan akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO kerana kantoi berusaha membawa beberapa MP UMNO untuk menyertai Parti Bersatu jesteru itu dia dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO.

Lokman Adam dipecat kerana mengkritik Presiden UMNO Zahid Hamidi yang didakwa cuba berkerjasama dengan PPBM selain kritikan yang berbau peribadi mendakwa Zahid Hamidi semasa proses pemilihan merebut jawatan Presiden UMNO telah merasuah pengundi.

Nampaknya UMNO ni berada dalam kemelut kepimpinan tertinggi. Lebih parah dari PKR 😂