Adegan Semburit dan Kritikan UMNO Keatas PSS, Temberang

Budaya dan action politik UMNO Semenanjung sudah menular di kalangan rakyat Sabah terutamanya mereka yang menyokong parti UMNO.

Rosak apa punya mentaliti. Hari-hari mulut mereka bercakap soal semburit nah sekarang ditunjukkan dalam bentuk perbuatan. Tidak ada rasa malu kah?

Kita lupakan gambar atau adegan yang nampak tidak ada didikan sivil itu. Tapi kalau boleh hukumlah mereka melalui peti undi agar perbuatan seperti ini tidak menjadi budaya di kalangan masyarakat Sabah.

Mari kita bercakap soal PSS yang menjadi modal UMNO di PRK Kimanis.

Nampaknya UMNO suka sangat mengkritik atau mempolitikkan PSS dan sudah tentu tujuannya tidak ada lain tidak bukan untuk memancing undi di PRK Kimanis.

Tapi sedarkah mereka ramai tu dikalangan jentera UMNO Sabah yang sebenarnya berasal dari PSS sama ada dari Indonesia atau sebagainya. Adakah itu bermaksud calon UMNO di PRK Kimanis menolak undi dari bangsa yang berasal dari Indonesia dan lain lain, begitulah nampaknya walaupun nanti dakwaan ini dinafikan oleh mereka.

Mengkritik PSS tidak ada masalah ia seperti isu isu yang lain boleh dikritik tetapi biarlah kritikan itu ikhlas dan konkrit seperti yang dilakukan oleh parti PPBM Sabah sebelum ini, mengkritik tapi dalam masa yang menunjukkan jalan keluar. Berbeza dengan UMNO mengkritik untuk memburukkan keadaan hingga nampak menghina bangsa yang terbabit.

UMNO mengkritik PSS bermula daripada kepimpinan tertinggi UMNO hingga ke peringkat jentera sayap UMNO Sabah. Soalnya sedarkah siapa mereka atau sedarkah mereka bangsa apa yang menyokong UMNO Sabah hari ini. Bukan hanya menyokong tapi menjadi jentera parti UMNO di negeri Sabah.

Sedarkah juga UMNO ni, Ketua Wanita UMNO Sabah pernah mencadangkan supaya sama ada isteri atau suami kepada PTI boleh menjamin anak mereka atau salah seorang daripada mereka menjadi warganegara. Nah sekarang kenapa pula UMNO Sabah mengkritik PSS. Nampak sangat sekadar cuba mempopularkan UMNO.

Hipokrasi, sanggup menjual bangsa orang demi kepentingan politik semata-mata. Itulah UMNO Sabah tidak ada beza dengan UMNO Semenanjung. Bangsa dan agama menjadi modal politik mereka!