Calon BN Weng Jeck Seng Radikal Agama (Hudud)

Nah jadi apa cerita ni, rupa rupanya calon BN di PRK Tanjung Piai, Wee Jeck Seng punya sikap yang radikal, radikal pada agama.

Bersikap radikal itu sangat bagus sebab ia adalah salah satu cara yang paling efektif didalam mencari jalan penyelesaian yang konkrit, kerana pemikiran radikal mampu sampai ke tahap yang paling dalam yang sukar untuk ditembusi oleh pemikiran yang normative. Walaubagaimanapun radikalisma sangat berbahaya bila beroperasi dalam agama.

Di negara jiran Indonesia pemerintah tegas membenteras kegiatan atau sikap radikal yang bersarang didalam agama, tidak kiralah apa itu Islam atau Kristian dan lain-lain.

Radikal yang beroperasi dalam agama pada mulanya kelihatan normal tapi sekali dia memiliki kekuatan kuasa dan sokongan yang ramai, nah pada waktu itu fahaman yang radikal sangat sangat merbahaya.

Walaubagaimanapun menurut hemat admin fahaman atau pemikiran radikal terhadap agama tidak boleh dibenteras melalui undang-undang yang ketat tetapi cara dan pendekatan yang digunakan haruslah bersifat ilmiah atau akademik. Agar persoalan kenapa mereka memilih jalan yang radikal dapat dirungkai dengan demikian jalan penyelesaian kepada matlamat radikal itu sendiri dapat dituntaskan sekaligus dibenteras.

Tetapi kalau pemikiran radikal itu dicetuskan atau ada dalam diri pemimpin atau ahli politik maka ia adalah hal yang amat sukar untuk ditangani disebabkan oleh beberapa faktor antaranya kerana ahli politik itu bersandar pada organisasi yang sedia ada dan sah dari segi undang-undang. Oleh itu sebarang penolakan mereka terhadap kerajaan dan dalam masa yang sama menerapkan fahaman radikalisma akan lebih mudah.

ISIS yang berselindung disebalik agama terhasil daripada pemikiran yang radikal agama. Bahaya tak?

Lalu bagaimana dengan entri di Facebook Calon BN, Weng Jeck Seng ini?

Defend constitution i stand firmly against Islamic criminal law.

Maksudnya dia tetap mempertahankan perlembagaan sekular dan akan menentang pengenalan atau perlaksanaan undang-undang Islam atau hudud di Malaysia.

Jelas calon BN itu anti pada syariat Islam selepas ini dipanggil sebagai radikal agama.

So mari kita tanya pendapat pengundi Melayu di Tanjung Piai. Apa agaknya pendirian mereka.

Kita juga sedia maklum yang pembangkang PAS sebelum ini ada mengeluarkan satu ketentuan keras bahawa andai berlaku perlawanan calon di antara Melayu Islam dan calon bukan Islam seperti Cina, India dan sebagainya maka pengundi yang beragama Islam pada waktu itu wajib memilih calon Melayu iaitu Islam.

Ada dua hal, sudahlah calon BN ini non muslim malah anti pada syariat Islam.

Persoalannya boleh kah calon BN, Weng Jeck Seng ini diundi oleh pengundi Melayu yang beragama Islam sedangkan calon ini radikal agama dan anti pada perlaksanaan hukum hakam hudud yang menjadi agenda agung PAS?