UMNO Tawau Sabah for Sabahan? Hipokritnya

Entri ini berniat untuk membidas kenyataan balas Ketua pemuda UMNO Tawau, Ghazalie Ansing.

Sebelum ini Ghazalie Ansing memperkecilkan niat baik ketua PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor sebagai kuda tunggangan Mahathir. Setelah PPBM Sabah menyarankan pada masyarakat Sabah agar lebih fokus kepada perjuangan yang bersifat nasional tapi dalam masa yang sama tetap saja perjanjian Malaysia 1963 dimartabatkan, tanpa sikit pun dikurangkan.

Tidak seperti selama ini, slogan kenegerian, Sabah for Sabahan hanya menjadi alat politik kepada kumpulan tertentu yang bertujuan untuk memancing kepercayaan dan undi masyarakat Sabah. Sedangkan kumpulan itu pada hakikatnya amat menyedari bahawa hanya melalui pungutan suara atau memorandum keatas semua lapisan masyarakat Sabah tanpa mengira fahaman politik bangsa dan agama maka barulah
perjanjian Malaysia 1963 dapat di tuntaskan dalam ertikata yang sebenarnya.

Bukannya melalui proses pilihan raya yang malah memangkinkan perjanjian Malaysia sukar untuk direalisasikan. Ini kerana melalui proses pilihanraya maka parti yang memperjuangkan perjanjian 1963 akan diserapi unsur politik yang berbeza memandangkan tidak semua parti yang bakal menjadi rakan sekutu untuk membentuk kerajaan pada waktu itu menjadikan perjanjian Malaysia sebagai agenda mereka. Nampak tak?

Justeru itu kenapa PPBM menyarankan kepada masyarakat Sabah agar lebih fokus kepada perjuangan yang bersifat nasional supaya perjanjian 1963 lebih mudah untuk dimartabatkan atau dituntut melalui pendekatan yang mesra Federal

Tapi lain pula penerimaan Ketua pemuda UMNO Tawau itu malah mengingatkan ketua PPBM Sabah, Datuk Hajiji agar kononnya berhenti menggunakan propaganda dan menyembunyikan penindasan Tun Mahathir dan Lim Guan Eng keatas Sabah. Lucu!

Sedangkan PPBM Sabah ingin melihat Sabah dan Malaysia dari skop yang lebih luas agar berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan di negeri-negeri lain yang ada di Malaysia. Lihat sahaja Selangor dan Pulau Pinang mereka tidak ada perjanjian yang mengikat Federal agar menyalurkan lebih banyak dana berbanding negeri lain tetapi dua negeri itu jauh lebih maju dari Sabah yang tidak sudah mempolitikkan perjanjian Malaysia. Maksudnya di sini perjanjian itu satu hal namun untuk maju kehadapan kemahiran negeri dan kerjasama dari semua pihak harus dicari dan disatukan bukan sebaliknya. Sepertimana yang dilakukan oleh mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang mengamalkan prinsip tunduk tetapi menanduk, hasilnya Sabah hampir setanding dengan banyak negeri-negeri lain di Semenanjung.

Slogan Sabah for Sabahan adalah agenda politik yang sudah bersarang dan uzur. Persoalannya, adakah slogan ini masih relevan untuk diangkut ke politik hari ini, ini isunya?

Jika tidak dihentikan maka Slogan Sabah for Sabahan ini hanya akan terus menjadi alat atau talian hayat kepada pihak yang gagal sepertinya UMNO yang bertapak di Semenanjung pun mulai berani mempolitikkan perjanjian ini. Menurut Ketua pemuda UMNO Tawau, Ghazalie Ansing andai UMNO balik menjadi kerajaan maka semua elemen yang ada di dalam perjanjian Malaysia 1963 akan ditunaikan 100%. 100% bermaksud termasuklah membenarkan autonomi Sabah keluar dari Malaysia. Dusta semata-mata!

Kelakar! Nampak sangatlah UMNO ini tidak berfungsi tanpa putar belit.

Walhal selama ini UMNO lah yang beria-ia menolak perjuangan Sabah for Sabahan kerana menurut UMNO, slogan itu adalah perosak kepada kestabilan Malaysia.

Alsebab itulah kenapa slogan Sabah for Sabahan ini harus dipersoalkan adakah ia masih rasional untuk diperjuangkan atau biarkan saja begitu sebagai gula-gula politik atau talian hayat kepada pihak yang telah gagal pada pilihan raya. Si Loser!

Suka admin membuat perbandingan mudah dari sudut perjanjian Malaysia atau slogan Sabah for Sabahan dengan PPBM Sabah serta UMNO Sabah. Supaya dapat membuka mata UMNO Sabah, khususnya UMNO Tawau.

Kita tahu PPBM Sabah berasal daripada UMNO dan sememangnya pun mereka pada waktu itu menolak agenda atau slogan Sabah for Sabahan dan ironinya sehingga hari ini penafian keatas agenda atau slogan Sabah for Sabahan tetap saja konsisten. Malah lebih tajam slogan Sabah for Sabahan dimodenkan demi masa depan masyarakat Sabah menjadi Sabah untuk Malaysia.

Berbeza dengan UMNO hari ini, semasa menjadi pembangkang mereka menolak agenda atau slogan Sabah for Sabahan hari ini bila menjadi pembangkang Sabah for Sabahan menjadi keutamaan perjuangan mereka. Nampak tak betapa hipokritnya UMNO Sabah.