Sepatutnya Kerajaan Negeri Sabah Akur Pada Keputusan Mahkamah Berhubung Amarjit Singh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata mereka atau kerajaan negeri akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengistiharkan perlantikan Amarjit Singh sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tidak sah. Kerana pelantikan Amarjit Singh bertentangan dengan Seksyen 3 enakmen bekalan air Sabah 2003 yang menyatakan dengan jelas hanya penjawat awam boleh dilantik ke jawatan kanan Jabatan Air Negeri Sabah.

Tetapi pemimpin Warisan, Vk Liew ini berpendapat sebaliknya Seksyen 3(2) enakmen bekalan air Sabah MUNGKIN tidak terpakai ke atas Amarjit Singh. Iaitu jawatan pengarah tidak boleh disamakan dengan pegawai sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 3(2) enakmen.

Dimana seksyen 3(2) tidak mengambil kira seksyen 2 yang mentafsirkan “pihak berkuasa air” sebagai pengarah dan bukannya pegawai. Betulkah ni?

Menteri Rayu Keputusan Mahkamah Lantikan Amarjit Singh

Admin pun tidak faham sejak bila istilah “pihak berkuasa air” dirujuk sebagai Pengarah Air Sabah dan bukannya agensi Jabatan Air Negeri Sabah yang terdiri dari kakitangan yang tertakluk pada Seksyen 3 enakmen Bekalan Air Sabah.

Helo, Vk Liew hanya jawatan CEO atau Pengerusi yang tidak tertakluk dengan seksyen 3 enakmen Bekalan Air Sabah. Malangnya jawatan ini tidak wujud yang ada hanyalah jawatan pengarah yang berstatus pegawai. Bikin ketawa πŸ˜‚

Walaupun Menteri di Perdana Menteri Vk Liew mendakwa mereka menghormati keputusan mahkamah kerana itu mereka akan membuat rayuan. Hakikatnya mereka tidak menghormati keputusan Mahkamah sebab kes ini bukannya kesalahan jenayah seperti rasuah dan sebagainya yang layak dirayu.

Kes ini adalah perlanggaran ke atas pekeliling jabatan yang sudah tertakluk. Apa lagi Amarjit Singh adalah ahli politik, setiausaha Parti Warisan Bahagian Putatan yang sepatutnya tidak boleh memegang jawatan di dalam agensi kerajaan atau separuh kerajaan.

Kalau kamu tidak percaya cuba tunjukkan satu contoh dimana seseorang yang berjawatan di dalam parti pemerintah memegang jawatan dalam sektor Kerajaan. Tidak ada yang ada hanyalah ahli politik yang berjawatan sebagai CEO atau ahli lembaga syarikat kerajaan.

Apapun suka hati merekalah sebab akhirnya yang menghukum kedegilan ini ialah pengundi Sabahan. Asal saja sabahan maklum yang Warisan bukannya kompenan PH.

Satu lagi hal, admin berkeyakinan bahawa tidak ada seorang pun pemimpin atau penyokong PH malah rakyat Malaysia yang berakal sihat menyokong keputusan kerajaan negeri Sabah untuk memfailkan rayuan kerana ia adalah tindakan yang tidak berkredibiliti malah degil dari sebuah pentadbiran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s