Kenapa Pula Bersatu Tidak Boleh Mendominasi Sabah?

Dr Rosalam (Penganalisis politik)

Bagaimana seorang Doktor politik boleh mengeluarkan pendapat atau kenyataan sebegini dangkal dalam bentuk public ya.

Dia kata, mustahil dalam satu negeri ada dua parti yang mendominasi memandangkan Sabah diterajui oleh Parti Warisan.

Oleh kerana itu dia mengingatkan PPBM (Bersatu) agar kembali kepada niat asal iaitu mengukuhkan kedudukan kerajaan negeri bukannya menjadi dominan.

Rujuk 🔗 di bawah

Bersatu Sila Ingat Niat Asal Masuk Sabah

Memanglah mustahil tapi beliau harus melihat intipati dari proses mendominasi itu. Itupun kalau dia benar-benar memiliki semangat negara bangsa.

Apa juga masalahnya kalau Parti Bersatu dan Parti Warisan saling berusaha mendominasi politik Sabah. Bukankah itu bagus untuk Pakatan Harapan (PH) agar utuh, sekaligus mampan mempertahankan pemerintahan.

Dr Rosalam jangan pula tidak tahu Parti Warisan bukannya kompenan PH, itu bermakna langkah PPBM (Bersatu) untuk mendominasi politik Sabah adalah tepat sebagai antara parti yang mewakili PH di Sabah.

PKR, Amanah dan DAP juga berusaha menjadi parti yang mendominasi politik Sabah bukan hanya PPBM (Bersatu). Tinggal lagi hasrat tiga ini tidak diluahkan secara terbuka.

Dan sebagai Doktor Politik sewajarnya beliau mendalami keputusan Perdana Menteri Malaysia Tun M, kenapa akhirnya Tun membenarkan Bersatu bertapak di Sabah. Agar kenyataan bias seperti ini tidak ditunjukkan kepada public hingga menukar tenaga baik menjadi jahat dari konteks mendominasi tadi.

Kemungkinan besar Tun M menyedari yang Parti Warisan tidak akan mampu mengekalkan popularitinya. Jadi bayangkan andai tiba pada satu titik parti ini tidak lagi menjadi pilihan rakyat Sabah maka parti kerajaan mana akan menggantikan Warisan. Sudah tentulah sama ada PKR, Amanah PPBM dan DAP. Tapi bayangkan pula andai pada masa itu ke empat empat parti ini juga ditolak oleh rakyat Sabah, apa yang akan berlaku pada PH?

Dan yang paling terkesan dan beruntung dari proses usaha mendominasi itu ialah rakyat Sabah. Iyalah akibat persaingan yang sihat dari parti yang terlibat menyebabkan mereka sedaya upaya melakukan yang terbaik pada rakyat dan akan mengutarakan idea-idea yang bijaksana didalam usaha menyelesaikan isu yang memalitkan rakyat dan kalau mereka berkemampuan kebajikan rakyat akan turut menjadi keutamaan agar nanti parti itu dapat memikat hati mereka sekaligus memenangi persaingan tadi. Ini baru namanya proses demokrasi yang sihat, demokrasi rakyat.

Erti kata lain falsafah demokrasi ialah menyingkirkan yang lemah diganti dengan yang lebih kuat dan tuntutan ini tidak hanya berlaku di antara parti pemerintah dan pembangkang.

Juga erti kata lain falsafah mendominasi ialah berusaha melakukan yang terbaik bagi menguasai keadaan.

Persoalannya adakah matlamat mendominasi keadaan tidak menguntungkan rakyat?

Rakyat faham juga tugas seorang penganalisis politik seperti Dr Rosalam ini. Tapi pastikan lah juga bila membuat kenyataan media atau public, biarlah menguntungkan kedua belah pihak dan sebaiknya kenyataan dangkal seperti itu disampaikan secara sulit pada parti yang terlibat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s