Bahagian² UMNO Sabah Bermasalah Dengan ROS

Alamak! Kita ingat UMNO Sabah sudah boleh move on rupanya bakal berhadapan dengan tindakan ROS.

Ironinya yang mencipta masalah itu mereka sendiri. Sama ada kerana ketidaktahuan mereka atau kerana beranggapan pemerhati politik tidak akan tahu. Nah silap mereka!

Menurut laporan yang diterima terdapat banyak Bahagian UMNO di Sabah yang melangsungkan persidangan Bahagian tanpa mengadakan mesyuarat di peringkat Cawangan terlebih dahulu. Ini satu!

Kedua, terdapat Bahagian yang mengadakan persidangan Bahagian yang dihadiri oleh para Perwakilan yang tidak melalui proses mesyuarat di peringkat Cawangan. Adeh!

Ada pula tu Bahagian yang menghantar notis jemputan kepada Cawangan Cawangan dalam tempoh beberapa hari sebelum mesyuarat Bahagian dan meminta nama Perwakilan bagi menghadiri mesyuarat Bahagian tanpa memastikan Cawangan Cawangan itu mengadakan mesyuarat di peringkat mereka terlebih dahulu.

Ketidakpatuhan itu berlaku kerana dipercayai sememangnya UMNO berhadapan dengan masalah keahlian di peringkat akar umbi yang menyebabkan Cawangan tidak dapat bermesyuarat seperti mana peraturan yang dikehendaki oleh ROS. Masalah yang sama juga berlaku kepada ketiga-tiga pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di semua Bahagian.

Berdasarkan senario diatas jelas kegagalan UMNO Sabah ini bertentangan dengan perlembagaan dan peraturan parti UMNO itu sendiri, sekaligus boleh memberi kesan kepada status perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ini yang pedih! Difahamkan juga telah ada ahli UMNO yang membuat laporan kepada ROS kerana tidak mendapat sebarang maklumat tentang mesyuarat di peringkat Cawangan dan mendapati Cawangan mereka tidak pernah mengadakan mesyuarat.

Alahai UMNO melanggar peraturan sudah menjadi perkara biasa kepada mereka. Tapi ada hati ingin balik mentadbir negara, bayangkan kalau di peringkat pertumbuhan pun timbul salah laku apa lagi bila mereka balik berkuasa, sudah tentu pemerintahan mereka akan lebih teruk dari sebelum ini.

Perkembangan ini juga membuktikan yang UMNO tidak lagi mendapat sokongan ahli di peringkat akar umbi. Kalau sudah ahli sendiri tidak menyokong apa lagi masyarakat biasa yang tidak berkepentingan dan telah menolak politik Umno di pilihan raya yang lepas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s