Muhasabah Diri DARD – PPBM Sabah

KENYATAAN MEDIA
Razali Razi.
Ketua Penaja BERSATU Sepanggar.

POLITIK MUHASABAH DIRI

Sebagai sebuah parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah akan berusaha sehabis baik untuk membina keyakinan rakyat.

Fokus kita adalah memberikan perkhidmatan dan menjadi platform menyampaikan aspirasi rakyat.

Sekarang adalah masa berkhidmat sebaiknya dan rakyat yang akan memilih siapa pemimpin yang mereka percaya boleh membantu mereka.

Pendekatan turun padang mendekati rakyat menjadi teras BERSATU, bukan sekadar mengeluarkan kenyataan di media untuk meraih popular atau menjadi pejuang jadi-jadian di alam maya.

Cabaran dan kenyataan Datuk Rahman Dahlan kepada pemimpin BERSATU tidak ada bezanya dengan nada sebahagian para pemimpin UMNO pada PRU14 yang lalu. Keterujaan dengan memiliki “kekuatan” luar biasa menjadikan mereka terlebih yakin untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti dua pertiga.

Jika Datuk Rahman seorang pemimpin yang terbaik untuk rakyat, tentu sekali tiada masalah untuk Datuk Rahman memenangi pilihanraya lepas dengan majoriti yang bergaya. Tetapi perkara tersebut tidak berlaku pada PRU14.

Oleh yang demikian, daripada mengungkit kemenangan pemimpin lain adalah lebih baik Datuk Rahman fokus untuk memperbaiki diri dan parti supaya dipilih rakyat dimana pun bertanding.

“Kekuatan” luar biasa berintikan keyakinan tatap menang ini jugalah telah membawa parti mereka kurang mendapat sokongan akar umbi dan membawa kepada kekalahan di beberapa kawasan, walaupun mempunyai keahlian yang ramai.

Hal ini ditambah lagi dengan kehadiran calon import, dan calon bangsawan golongan menganggap kerusi milik peribadi yang secara tidak langsung membelakangi kredibiliti pemimpin tempatan.

Datuk Rahman Dahlan digesa bersabar menanti tibanya masa PRU15 kelak. Pemberian “autonomi” yang UMNO Sabah miliki tentu sekali Rahman Dahlan bebas memilih untuk bertanding di mana-mana Kawasan sama ada di DUN Sulaman ataupun mencuba nasib semula di Parlimen Sepanggar atau boleh memilih kedua-duanya sekali.

Sidrom keangkuhan, penafian kepada kelemahan pada parti sendiri, merendahkan parti dan peribadi pemimpin lain, sepatutnya tidak dibawa kembali oleh UMNO jika mahu dipilih oleh rakyat. Elok kiranya fokus untuk membantu dan membangunkan akar umbi dan rakyat bawahan.

BERSATU Sabah lebih suka memfokuskan kepada membantu dan memperjuangkan kebajikan rakyat daripada semua lapisan.

*RAZALI RAZI*
Ketua Penaja BERSATU Bahagian Sepanggar
31 Julai 2019

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s