Malaysia & Dua Negara Islam Bina Balik Tamadun Islam

KUALA LUMPUR – Malaysia, Turki dan Pakistan akan bekerjasama mencari jalan mengembalikan kekuatan serta membina semula tamadun Islam sejagat supaya tidak lagi mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam sidang media bersama di Ankara senada dalam usaha ini.

“Hari ini kita tidak boleh menganggap bahawa kita (Islam) merupakan tamadun yang terbaik. Kita sebenarnya ditindas dan kebanyakan daripada kita masih mundur sehingga tidak mampu menubuhkan kerajaan sendiri. Kita perlu mengenal pasti punca kejatuhan tamadun Islam,” kata Dr Mahathir dalam sidang media di Ankara hari ini.

Beliau juga berkata, punca kepada kelemahan itu perlulah dikenal pasti segera untuk membuat penyelesaian kepada permasalahan itu.
“Jika kita tahu puncanya, mungkin kita mampu membentuk dan mengamalkan tamadun yang pernah dikagumi oleh seluruh dunia,” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu Dr Mahathir juga percaya kerjasama di antara Malaysia dan Turki mampu mengurangkan sikap prejudis terhadap masyarakat Islam di seluruh dunia.

Manakala Erdogan pula berkata, amat perlu bagi tiga negara terbabit mencapai sesuatu persetujuan dengan fokus kepada perpaduan ummah.

Terdahulu, dua tokoh pemimpin negara Islam berkenaan mengadakan pertemuan empat mata, diikuti mesyuarat delegasi Malaysia-Turki di Kompleks Presiden di Ankara.

Pada Mei lalu, Menteri Luar Malaysia, Turki dan Pakistan mengadakan mesyuarat tiga pihak di Jeddah, antara lain turut berusaha mereformasi OIC untuk menjadikannya lebih efektif.

Sumber AlhijrahOnline

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.