Rahim Keluar PPBM Sabah Kerana Tidak Ditawarkan Jawatan

Kenyataan yang tidak bertanggungjawab seorang bekas calon BN/UMNO yang kalah di pantai barat sebelum ini telah menyertai parti PPBM tapi kerana tidak ditawarkan sebarang jawatan dalam organisasi PPBM Sabah, maka itu dia mengistiharkan dirinya keluar daripada parti PPBM (Bersatu).

Sudahlah begitu sempat lagi dia memburukkan PPBM kononnya parti ini tidak akan bertahan lama setelah Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir meletakkan jawatan. Ini antara faktornya kenapa dia keluar parti dan menyertai balik UMNO Sabah.

Faktor lain kerana kononnya dia hilang kepercayaan pada kepimpinan PPBM Sabah dan PPBM Pusat. Amboi!

Hilang kepercayaan dari konteks apa tu, sebab jawatan kah? 😃

Adakah itu bermaksud dia lebih berpengaruh daripada Tun Mahathir dan Pemimpin PPBM Sabah hingga kemasukannya balik ke dalam UMNO akan mencetuskan fenomena kebangkitan UMNO? Entah entah menyumbang pun tidak.

Kalau mau keluar tu keluar sajalah kamu tu bekas Yb BN yang kalah kepada calon Warisan yang baru berumur setahun jagung.

Menjadi isu, kenapa dia sebagai calon parti pemerintah boleh kalah sedangkan ramai lagi calon BN yang lain mendapat mengekalkan kemenangan besar walaupun berhadapan dengan lawan yang sama. Itu bererti ada yang tidak kena, boleh saja dia ni memang tidak disukai oleh pengundi dikawasannya.

Ngamlah tindakan PPBM Sabah yang tidak menawarkan dia jawatan hingga memaksa keluar parti. Individu seperti ini hanya akan menjadi liabiliti kepada PPBM Sabah.

Rahim Ismail adalah calon BN pada PRU yang lepas untuk DUN Pantai Manis tapi kalah kepada calon Warisan.

Dia keluar parti PPBM sehari selepas Pengerusi PPBM Sabah, Datuk Hajiji mengumumkan barisan kepimpinan Bersatu Sabah. Sebab itulah ramai yang berpendapat dia keluar kerana jawatan.

Selamat tinggal!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s