Raja Petra Spin Tun M Untuk Tengkuknya

Ulasan yang tidak jelas, tidak betul oleh Raja Petra berhubung penyatuan Melayu yang disentuh oleh Tun M.

Raja Petra berpendapat penyatuan Melayu melalui UMNO dan PAS ditentang oleh Tun Mahathir (M) dan ia bercanggah dengan ucapan Mahathir semasa berusaha menyatukan Melayu pada sekitar tahun 2006.

Seperti biasa Raja Petra akan memutarbelit fakta dan membuat perbandingan yang tidak logik.

Tun M sebelum ini berpendapat PH tidak akan gentar pada gabungan UMNO dan PAS kerana itu dapat membuktikan yang dua parti ini mendukung pembohongan dan salah guna kuasa dengan itu ia akan ditolak oleh majoriti Melayu.

Selain fatwa agama yang mengkafirkan pengikut UMNO lama sebelum ini. Adakah fatwa seumpama ini telah ditarik balik oleh PAS? Kalau belum adakah Melayu UMNO berkenaan telah terhindar dari kekafiran?

Inilah yang dimaksudkan atau digambarkan oleh Tun M bahawa kerjasama UMNO dan PAS hanya memangkinkan perpecahan kepada bangsa Melayu sekaligus memburukkan lagi negara.

Kenapa tidak kalau kebatilan yang terang berlaku di depan mata cuma dipertahankan melalui kerjasama politik ultra Melayu UMNO dan PAS.

Umum mengetahui pemimpin utama UMNO terpalit dengan skandal 1MDB begitu juga dengan parti PAS yang turut disyaki menerima dan menggunakan dana dari 1MDB. Tapi sehingga hari ini semua dakwaan itu dinafikan oleh mereka, sedangkan tohmahan telah sampai ke pengetahuan Mahkamah dan telah berlaku perundingan sulit diantara PAS dengan editor Sarawak Report di luar Mahkamah.

Perpaduan Melayu dan Cina melalui DAP dan kompenan lain PH adalah dua hal yang berbeza dengan apa yang cuba dilakukan oleh UMNO dan PAS, dimana seolah-olah kerjasama ini cuba membela kemungkaran. Berbeza dengan PH selain bermatlamatkan politik ia juga bertujuan untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa oleh segelintir pemimpin kerajaan sebelum ini.

Jadi betullah pendapat Tun M penyatuan atau kerjasama UMNO dan PAS hanya memecah atau memburukkan lagi negara.

Hujah Raja Petra itu tidak bermotifkan kebaikan tapi untuk mengelirukan rakyat agar dapat memperkuatkan pembangkang. Natijahnya kosong tidak logik.

Raja Petra cuba lagi. Untuk kali ini tengkukmu belum terlepas! 😊

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s