Luahan Hati Masyarakat Melalap Terhadap Yb Peter Anthony

Terlalu banyak kritikan atau ketidakpuasan hati masyarakat di Dun Melalap. Melimpah-limpah hingga terpaksa menghubungi admin, itupun atas nasihat seseorang.

Mereka kata Datuk Peter Anthony gagal memikul jawabnya sebagai wakil rakyat Melalap sedangkan baru saja menjadi Yang Berhormat, sepatutnya agresif lah mendengar denyut nadi rakyat. Dan cara kerja itu sepatutnya lebih berkesan dari Yb BN selama ini.

Beberapa kelemahan Yb Peter Anthony yang mereka telah kenalpasti dan wajar untuk disuarakan, diantaranya :-

1. Gagal menyantuni masyarakat Melalap. Boleh dikatakan hampir tidak pernah walau sekali Yb Peter Anthony hadir di majlis mereka walaupun upacara itu melibatkan kematian.

Yb Melalap, Peter Anthony hanya mengutuskan wakil itupun tidak mewakili pentadbiran DUN iaitu UPPM Melalap. Sebaliknya yang datang ialah mentuanya, Peter Voo merangkap Bendahari Warisan Bahagian Melalap. Dialah yang menyampaikan segala hal seperti derma dan beberapa lagi yang menuntut kehadiran seorang wakil rakyat.

2. Soal permohonan projek pula, sebelum ini pemohon hanya perlu memajukan surat permohonan ke Pejabat Daerah melalui Pentadbiran Daerah, DO Pembangunan. Tapi hari ini, peraturan rasmi itu tidak lagi dipraktikkan.

Ada peraturan baharu yang diperkenalkan tapi menyusahkan masyarakat. Dimana setiap pemohon perlu terlebih dahulu berjumpa dengan Yb Peter Anthony atau Setiausaha politiknya untuk mendapatkan kelulusan. Barulah selepas itu Bq boleh diproses atau dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Tenom.

Dengan demikian terpaksalah DO mengikut telunjuk Yb Melalap dan hanya berurusan dengan kroni Yb. Adapun masyarat biasa yang memegang lesen kontrak hanya mampu melihat dan menggigit jari.

Lalu apa fungsi Pejabat Daerah dan DO yang bertanggungjawab mentadbir daerah. Macam mana daerah boleh maju, kalau urusan sekecil ini pun perlu melalui politik Warisan atau Yb Peter Anthony?

3. Berkenaan perlantikan Ketua Kampung di Dun Melalap. Rupanya majoriti yang dilantik sebagai Ketua Kampung bukannya penduduk asal kampung berkenaan tapi orang luar yang tidak tahu lumrah atau kebiasaan komuniti Kampung.

Hal ini telah mengundang kemarahan masyarakat yang terbabit, menyebabkan mereka enggan memberikan kerjasama pada Ketua Kampung berkenaan. Macam mana tu? Hemmm

Dari itu masyarakat Melalap telah membuat kesimpulan ringkas rentetan sikap dan pentadbiran Yb yang mewakili mereka.

Memandangkan Yb Peter Anthony bukannya anak jati daerah Tenom tapi dari daerah Papar dan caranya yang kurang disenangi. Maka masyarakat di daerah itu beranggapan, sengaja Datuk Peter Anthony berbuat demikian sebab tidak mahu melihat ada dikalangan kaum Murut dari daerah Tenom yang menonjol.

Maaf terpaksa admin mendedahkan kekurangan ini agar kerajaan PH aka Warisan mampu bertahan seperti BN sebelum ini.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑