Ketua Kaum Warisan Dibantah Oleh Masyarakat Kampung

Ini apa cerita ni ahh. Masyarakat kampung pun ikut pening kepala akibat pentadbiran kerajaan negeri Sabah yang dilaksanakan secara sambarono. Tidak mengikut peraturan yang telah termaktub dan sedia untuk digunakan.

Kali ini berhubung perlantikan Ketua kaum atau kampung di daerah Sook yang telah mencetuskan kemarahan masyarakat kampung.

Ketua kaum yang dilantik tidak melalui bidang kuasa Pejabat Daerah Kecil Sook tapi sebaliknya hanya melalui pentadbiran parti Warisan semata-mata iaitu UPPM.

Ketua Kaum atau Kampung yang dilantik ini juga dipercayai adalah orang luar atau dari kampung lain.

Video menunjukkan wakil masyarakat kampung sedang menunjukkan ketidakpuasan hati mereka, sejurus Ketua kaum yang tidak disukai dilantik sekaligus dirasmikan oleh UPPM.

Besar pula kuasa UPPM mengalahkan Pejabat Daerah.

Ini belum lagi fasal perlantikan Ketua kampung yang melibatkan dibeberapa buah kampung dan daerah di seluruh Sabah, yang dibuat secara samboro.

Yang tidak berkelayakan pun dilantik menjadi ketua kampung, walaupun ada antara mereka yang kaki judi malah dikhuatiri penagih syabu. Bikin malu jak!

Walhal sebelum ini pemimpin Warisan telah berjanji bahwa perlantikan jawatan Ketua Kampung akan dibuat secara undian tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Juga melalui kuasa UPPM dan restu Presiden Warisan. Perlantikan Ketua Kampung dibuat secara cowboy.

Masyarakat kampung kena maklum dan ingat. Hari ini Presiden Warisan telah berjawatan Ketua Menteri Sabah tapi kamu diperingkat akar umbi diwakili oleh orang orang yang tolol, lalu keharmonian apa yang kamu akan kecapi?

Yang hanya bersenang lenang adalah kerabat dan kroni Presiden Shafie sedangkan kamu, apa yang kamu dapat, bergelumang dengan kegiatan jenayah?

Hari ini Sabah ditadbir ala kerajaan cowboy. Itu bererti slogan Sabah Ubah kenalah diganti mengikut perkembangan semasa menjadi hancur Sabah 😊

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.