Jubilin Nafi Keluar Kenyataan Untuk Bobbey Suan – UPKO

*KENYATAAN MEDIA*

08 Januari 2019.

*JUBILIN NAFI KELUAR KENYATAAN MENGENAI BOBBEY SUAN*

PENSIANGAN: Ketua Bahagian Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Pensiangan, Encik Jubilin Kilan hari ini menafikan mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar yang mengalu-alukan Datuk Bobbey Suan kembali menyertai parti itu seperti yang disiarkan oleh pihak media terutama Sabah News Today.

Katanya, beliau tidak pernah membuat kenyataan itu atau bercakap kepada mana-mana pihak media mengenai isu itu.

“Saya amat kesal dengan pihak tertentu yang telah menggunakan nama saya mengeluarkan kenyataan itu. Justeru saya mohon maaf kepada Bobbey atas apa yang berlaku”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Jubilin berkata, apa pun dinyatakan oleh Bobbey sebelum ini (jika ada) ketika menghadiri Majlis Kebaktian Hari Natal pada 5 Januari lalu, beliau tidak mengetahui dan tidak mendengarnya, kerana tidak menghadiri majlis tersebut.

Justeru katanya, adalah tidak adil baginya untuk membuat sebarang komen mengenai isu itu.

“Namun saya menghormati apa juga keputusan yang akan dibuat oleh Bobbey selaku Wakil Rakyat kawasan Nabawan, kerana itu adalah hak beliau, lebih-lebih lagi beliau kini adalah di luar parti UPKO”, tegasnya.

Portal berita Sabah News Today pada 7 Januari telah menyiarkan berita yang memetik Jubilin mengalu-alukan niat Bobbey untuk kembali ke pangkuan UPKO.

“Inilah yang kita usahakan selama ini, sejak Mei lalu. Datuk Bobbey, mari, pulanglah ke UPKO. Pastinya ini adalah sesuatu yang sangat mengembirakan kami, ini bagai sireh pulang ke gagang”, kata Jubilin.

-End


Dari awal lagi admin sudah agak, berita itu hanyalah propaganda murahan semata-mata.

Iyalah mana mungkin, baru saja Yb Masiung meninggalkan UPKO selepas itu menyertai Warisan, sedangkan UPKO adalah kompenan Warisan. He!

Tapi hari ini selepas beberapa bulan Adun Nabawan, Bobbey Suan meninggalkan UPKO dia kembali menyertai parti lama. Tidak logik!

Paling pun tidak dia akan mengikut jejak Yb Masiung menyertai Warisan atau terus kekal bersama GBS atau untuk lebih dramatik dia menyertai parti Bersatu (kidding aside). Ini barulah logik 😊

Maka Portal Sabah News Today pun kantoi di siang hari!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s